Sunday, October 17, 2010

Sambungan pesanan untuk anak-anak ibu.




Bismillahirrahmanirrahim.

Anak-anak sayang.

Dulu ibu sebut pertama sekali kamu semua kena sayang Allah.
Dah sayang Allah ker?
Ibu cuma nak tanya , terpulanglah cara mana kamu nak jawab.
1. Hari ini kamu solat subuh pukul berapa?
2. Anak lelakiku , kamu solat dimana? Masjid, surau atau hanya tepi katil saja.
3. Lepas solat kamu doa apa? mathurat kamu dah baca? atau sekadar istifar 3 x saja.
4. Berapa helai kamu baca quran ari ni?
5. Berapa hadis yg kamu jengok ari ni.
6. tengok pulak berapa lama kamu mengadap internet melayan facebook dan chatting.
7. Bulan ni kamu belek berapa helai buku  yang buat kamu lebih kenal Allah.
Semak lah anakku , banyak lagi nak kena semak, tapi kamukan belajar lebih dari ibu
tentu lebih tahu. tapi jangan sekadar tahu , tapi tak buat .
8. Anak perempuanku , aurat kamu macam mana ?. Harap anaknda faham aurat itu bukan tutup
rambut saja. Bukalah Quran tengok piawai dalam surah Annur - lepas ke tidak gamaknya.
Ibu ni dah tua, tolong peringat aja , sebab bila Allah tanya nanti , ibu boleh jawab , saya dah
ingatkan dia ya Allah.
Post a Comment