Monday, November 8, 2010

Warkah selamat hari lahir untuk anak lelaki ku.


Assalamualaikum abang.
Ibu ucapkan selamat hari lahir . Sudah dewasa rupanya anak lelaki ibu. Sudah 21 tahun.
Alhamdulillah syukur kehadrat Allah swt kerana Allah beri abang laluan mudah dalam kehidupan ini.
Maksud ibu dalam pelajaranmu. Engkau diberi Allah otak yang bagus yang melayakkan kamu berada dalam bidang perubatan yang ramai orang impikan itu.Banyak-banyakkan bersyukur anakku. Sesungguhnya sekiranya kamu bersyukur Allah akan tambah lagi nikmat. Tetapi jika kita kufur iksaan Allah amat lah dashyat. (Refer surah  Al imran).
Kamu sering bercerita tentang ramai kawan-kawan kamu disana telah menikah.
Adakah kamu juga berhasrat begitu? Ibu tidak menghalang untuk menikah di awal usia ini
(semasa masih dalam pengajian). Cuma ibu ingin kamu pertimbangkan kewajarannya. Ukur baju dibadan sendiri anakku. Nikah itu menjadi wajib, sunat  dan haram atas sebab-sebab  tertentu yang anaknda
Carilah sendiri kedudukannya.
Ibu juga ingin berpesan supaya kamu mencari calon yang ada didikan iman supaya dia dapat membantu kamu dalam mencari redho Allah. Ingat anakku dalam perkahwinan ada proses tarik menarik. Siapa yang dominan dialah yang akan menarik.  Walau pun nampak macam suami lebih berkuasa dalam rumahtangga, tetapi jangan lupa tentang pujukrayu  seorang  isteri  yang bisa mencairkan hati seorang suami. Isteri  solehah yang terdidik imannya akan mengajak kepada iman. Isteri yang tidak solehah dan tidak terdidik imannya akan mengajak kepada  kekufuran.
Calon yang ada didikan iman amat penting kerana dialah akan mendidik anak kamu nanti. Bagaimana kah seorang yang tidak terdidik akan mampu mendidik.Fikirkanlah anakku , ini bukan masalah disini sahaja . tetapi adalah untuk  kehidupan disana juga. Carilah isteri yang dapat membantu kamu mendapat bidadari syurga nanti walaupun rupanya tidaklah secantik bidadari.
Generasi  anak-anak kamu nanti akan hidup dizaman  Negara kita sudah jadi semacam Las Vegas.
Casino dan  kelab  ditepi tangga. Baju yang dipanggil islamik adalah kain barut nangka, Tudung dipakai
Bak bonggol unta. Seandai tanpa didikan iman mampukah kamu dan isteri kamu mendidik anak-anak kamu dalam cabaran yang semakin hebat ini. Fikirkanlah anakku. Jahiliyah bergerak dalam system yang terancang. Oleh itu kita juga perlu merancang untuk hidup dalam satu system islam yang bermula dari diri, keluarga , masyarakat dan seterusnya Negara.
Ibu mendoakan kamu diberi kekuatan  untuk teruskan kehidupan ini dalam iman.
Ingatlah tugas kamu sebagai ketua keluarga adalah  untuk selamatkan diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka. Oleh itu kamu perlukan pembantu yang competent yang merealisasikan tugas ini iaitu
Zaujah solehah yang terdidik imannya.

Wassalam.
IBU.

No comments: