Bismillahirrahmanirrahim
Sekarang ni majlis pertunangan meriah sangat.Tak ubah macam majlis perkahwinan pulak.
Kadang tu pasangan yang bertunang tu lagaknya macam baru lepas akad nikah....
Mari kita tengok artikel dibawah bagaimana yang sepatutnya:-
Zahirkan perkahwinan dan sembunyikan (rahsiakan) pertunangan (Riwayat Ad Dailami) Dalam sebuah hadith yang lain, riwayat Tirmidzi melalui Siti Aisyah r.a.:
Umumkanlah pernikahan dan laksanakan di masjid, serta pukullah rebana (untuk menghebahkannya).
Perkahwinan dilakukan di masjid kerana di masjid terdapat ramai orang dan ia adalah bertujuan untuk menghebahkan perkahwinan tersebut. Namun sekiranya bimbang tidak dapat menjaga batasan, percampuran lelaki perempuan, tidak dapat menjaga batas aurat dan tidak menghormati masjid, maka lebih baik ia diadakan di rumah.
Selain itu pukulan rebana itu bukanlah paluan yang berirama. Paluan kompang atau gendang yang dilakukan itu hanyalah untuk membuat bunyi bising dan bertujuan membuat pengumuman perkahwinan.
Rahsiakan Peminangan
Peminangan hendaklah dirahsiakan dan selain itu diharamkan seseorang meminang perempuan yang telah dipinang orang (tunang orang), melainkan pinangan sebelum itu telah ditolak.
Hadis Ibnu Umar r.a: Nabi s.a.w pernah bersabda: Jangan ada di antara kamu yang menjual atas jualan orang lain dan juga jangan ada di antara kamu yang meminang terhadap pinangan orang lain.
Wali Perkahwinan
Imam Malik dan Imam Asy-Shafii berpendapat bahawa kebenaran seorang wali adalah perlu di dalam akad nikah sesuatu perkahwinan. Imam Malik berpendapat perempuan bangsawan yang ingin berkahwin perlu mendapatkan persetujuan wali, manakala perempuan biasa tidak perlu.
Imam Hanafi pula berpendapat bahawa seorang perempuan siuman yang telah dewasa sama ada belum atau pernah berkahwin boleh melangsungkan perkahwinan tanpa perlu adanya wali. Mazhab Hanafi berpendapat, persetujuan wali bukan syarat terpenting. Ia hanya wajib dalam perkahwinan kanak-kanak iaitu gadis di bawah umur. Ini berdasarkan kepada sebuah hadith dimana Rasulullah s.a.w. hanya mendiamkan diri dalam satu peristiwa:
Adalah diriwayatkan oleh Aishah r.a. bahawa seorang gadis telah datang kepadanya dan berkata bahawa bapanya telah melangsungkan perkahwinannya dengan anak saudara bapanya untuk meringankan kemiskinan pemuda itu melalui perkahwinannya. Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar aduan gadis itu, baginda pun memanggil bapa gadis itu, dan di hadapan bapanya membenarkan gadis itu berkahwin mengikut pilihan gadis itu sendiri. Lalu gadis itupun menjawab: Wahai Rasulullah! Saya menerima pilihan bapa saya. Saya hanya mahu kaum perempuan sedar yang mereka mempunyai hak penuh ke atas diri mereka (dalam hal ini).
sumber
No comments:
Post a Comment