Sunday, April 29, 2012

Ubat payah bangun solat subuh

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh

Susahnya nak bangun subuh. Rasa kain selimut yang tak sampai sekilo tu
macam 10 kilo beratnya. Tambah-tambah kalau tidur pulak di bilik air cond.
tilam pulak 6 inci tebal .Dibawah ni ada jadual cara mana nak atasi masaalah
tu yang diceduk dari produktif muslim. senang nak cari bila letak sini . 
harap harap berguna  untuk anda dan saya.Sebenarnya kalau kita memang niat nak bangun, Allah akan kejutkan kita waktu sekitar tu, tapi jangan pejam semula sebab lepas tu syaitan akan dodoi kita dengan mimpi -mimpi mengarut hingga kadang-kadang terlepas subuh. Pernah alami tak?



Sebenarnya solat yang paling berat bagi orang munafik ialah solat isyak dan solat subuh.
: "Solat yang paling berat bagi orang-orang munafik adalah solat Isyak dan Subuh. Seandainya mereka tahu apa makna di dalamnya, maka mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak." (Muttafa Alaih)


kelebihan solat sunat fajar
Sayyidatuna ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha telah meriwayatkan bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:“Dua rakaat sembahyang sunat Fajar (Subuh) itu lebih baik daripada dunia serta segala isinya.”. (Hadits riwayat Imam Muslim dan at-Tirmidzi)

Post a Comment