Monday, September 17, 2012

10 tip rumah kemas

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh

 
Nak rumah bersih macam 'Show room" senang jer. Jangan ada anak, jangan kahwin, jangan terima tetamu. jangan jalani kehidupan dalam rumah ( makan minum, rehat, masak dll tu lah...).
 Memang confirm rumah anda akan sentiasa bersih . Tapi apalah maknanya hidup tanpa semua tu.... Kalau kita ni jenis yang dok rumah memang lah rumah akan bersepah, jadi tak teratur, kotor tapi ada beberapa cara yang boleh buat rumah kita dikatakan bersih setiap masa.

 1. Bersihkan sink anda. Setiap malam ambil masa 5 minit untuk brsihkan dapur anda sepenuhnya. Basuh pinggan mangkuk, lapkan kaunter dapur, gosokkan sink sampai dia berkilat. Buat tiap hari jangan tunggu sink berkulat.

 2. Basuh kain setiap hari.. Jangan tunggu hujung minggu dengan kain menimbun baru nak basuh. Jadikan tabiat basuh satu load/mesin setiap hari.Sebaik saja bangun tidur masukkan pakaina dalam mesin basuh. Dah siap jemor atau kalau ada mesin pengering kain gunakannya.balik kerja nanti , kain dah pun kering , siap untuk dilipat. Dengan kaedah ini taklah anda dan mesin terbeban dihujung minggu.

 3. Proses surat menyurat segera. Semak peti surat setiap hari,buka surat sebaik masuk rumah , yang tak penting , buang terus, letak bill dan yang penting-penting dekat satu tempat khas.
 (Pusat sehenti)

 4. Adakan pusat sehenti.   Pusat sehenti ni, satu tempat yang anda letakkan semua yang perlu tindakan seperti bil-bil. kad yang perlu dihantar dan sebagainya. ia juga temapt letak barang yang diperlukan segera bila nak keluar rumah seperti kunci-kunci, bag, talipon, Penting juga jiak ada kalendar disini . Gunakan tempat sehenti ini untuk menguruskan keluarga dan hidup anda.

 5. Buang sampah. Bunyi macam mudah kan? Tetepi berapa kali anda dan ahli rumah anda bila buang pembalut letak jer kat laci ? atau tag baju baru beli , buka tag letak atas meja ker atau terus masuk dalam tong sampah? Jom tukar , dari tangguh tadi terus jer masuk tong sampah. selesai.

 6. Buat round setiap malam. Bila bangun tidur tengok rumah kemas kan seronok? Jadi setiap malam tengok -tengok lah apa yang boleh dikemaskan . Tak perlu banyak sebab kalau buat macam ni selalu tahap bersepah tu tak lah melampau.

 7. Adakan jadual membersih. Suka hati lah nak atur . contoh -selasa bersih longkang
Rabu -vacuum lantai  jangan tunggu semua nak buat hari minggu sudahlah nanti semuanya
tak jadi sebab terlalu penat.

8. Berpada-pada. -Kurang kerja kurang tekanan, rumah kecil lebih senang nak kemas.

9.  Buat satu persatu, barang2 yang dilambak pada satu tempat senang nak cari tapi
kenalah sentiasa menyusunnya elok-elok,

10. Adakan laci khusus untuk benda-benda dalaman , stoking dan seumpama dengannya supaya senang cari dan tak perlu selongkar -sebab lagi penat kemas yang sama. Kalau tak ada masa nak lipat kain sediakan bakul masing-masing supaya setiap orang senang cari baju sendiri.
Post a Comment