Sunday, September 30, 2012

Ibadah Paling Mudah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh




September 29, 2012 — sulaiman

Daripada Shafwan bin Salim, Rasulullah s.a.w. bersabda ”Hendakkah kamu jika aku khabarkan kepadamu, ibadah yang paling mudah dan paling ringan kepada badan, iaitu: diam dan akhlak baik” (Riwayat Ibnu Abu Dunya)

Rasulullah s.a.w. bersabda, “berkata-kata perkara baik lebih baik dari diam, diam itu lebih baik daripada berkata-kata perkara yang tidak baik (Riwayat Baihaki dari Abi Zar).

Amalan yang dilakukan beserta dengan akhlak yang baik, walaupun sedikit diberikan pahala dan ganjaran yang banyak.

Dari Abu Al-Darda’ r.a., bahawa Nabi s.a.w., bersabda“Tidak ada sesuatu pun yang ditimbang pada hari Kiamat yang lebih berat daripada akhlak dan budi pekerti yang baik. ” (Riwayat Abu Daud & Tirmizi).

Akhlak adalah sesuatu yang abstrak (tidak boleh dipegang), dan tidak boleh ditimbang secara zahirnya. Namun bagi Allah boleh menimbang perkara yang abstrak, misalnya amalan puasa dan sembahyang. Hanya Allah yang boleh menimbang dan menilai berat pahala amalan-amalan tersebut.

No comments: