Wednesday, October 10, 2012

Dah tukar taraf.....

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh




Semasa terjadi kebakaran rumah ditempat yangbernama Santa Rosa de TemucodiChile ,para ahli bomba terpegun melihat satu kejadian yang sukar dipercayai.
Seekor ibu anjing telah bertarung nayawa menyelamatkan anaknya yang terperangkap dalam rumah yang terbakar disebabkan bom kereta. Mak anjing yang bernama Amanda itu berulangalik dari rumah tersebut untuk menyelamatkan anaknya yang berumur
10 hari dan meletakkan nya ditempat paling selamat iaitu trak bomba.
Dia tidak berhenti sehinggalah kesemua anaknya diselamatkan dari api tersebut.Ahli bomba yang berada disitu hampir tidak percaya . Kebanyakan yang berada ditempat kejadian tidak pernah melihat anjing yang seberani itu.Selepas menyelamatkan semua anaknya , Amanda duduk disebelah anaknya melindungi mereka. Orang ramai kemudian memanggil perkhidmatan kecemasan veterinar dan mereka semua dibawa kehospital. Hanya seekor saja anak anjing yang dirawat kerana terbakar yang agak serius, yang lain-lain semuanya hidup sihat. Berani sungguh mak anjing ni.....

Yang ni pulak mak manusia punya kerja.....
ALOR SETAR, 10 Okt (Bernama) -- Seorang ahli kariah Masjid Ar-Rahman,
 Alor Merah di sini tidak menyangka beg plastik yang ditemui di hadapan
 tandas wanita masjid itu malam tadi mengandungi mayat bayi lelaki.

No comments: