Saturday, October 20, 2012

Kisah kuda

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh



Riwayat bukhari dari Abu Hurairah:-

Rasulullah saw bersabda:
Kuda- kuda  ada tiga keadaan. Untuk orang pertama ia sebagai hadiah,
untuk orang kedua pula ia sebagai pelindung dan untuk orang ketiga ia sebagai beban.

Untuk orang pertama yang dikira kuda sebagai hadiah ialah kerana dia menggunakan kudanya untuk jalan Allah swt- untuk jihad. Sepanjang dia menanti untuk berjihad itu semuanya dikira pahala untuk dia, Dan bila masa nya tiba dan kuda itu digunakan untuk satu atau lebih pertempuran/ peperangan, tapak kuda dan tahi kuda dikira pahala untuknya.Bila kuda-kuda melalui satu anak sungai dan minum air sungai itu masih lagi dikira pahala untuk orang itu.Jadi kuda itu adalah hadiah untuk orang itu.
Seorang lagi memelihara kuda untuk lepas dari kemiskinan, minta sedekah dan sebagainya dan tidak lupa bayar zakat dan kuda-kuda itu adalah pelindung baginya dari api neraka.
Seorang lagi memelihara kuda-kuda untuk tujuan menyombongkan diri, menunjuk-nunjuk dan kuda itu adalah beban bagi dirinya pada hari akhirat.
Sseorang bertanya rasulullah saw tentang keldai sabda rasulullah saw. Allah tidak menurunkan sesuatu tentang itu kecuali " Sesiapa yang berbuat kebajikan sebesar zarah debu akan melihatnya dan sesiapa yang berbuat keburukan sebesar zarah debu juga akan melihatnya.- terjemahan bebas dari tafsir ibnu kathir-surah alzalzalah.

P.S Gitu jugak dengan kenderaan , rumah besar dan sebagainya...
sama-sama fikirkan...

No comments: