Monday, March 25, 2013

4.4 Muslim al hak merupakan suami yang ideal.(Mithali).

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد





Sesungguhnya seorang muslim yang benar, sentiasa berdamping rapat dengan ayat dan dalil yang putus ( qat'i) dan pasti yang memerintahkan
supaya dia sedar, insaf dan berbuat baik kepada wanita dan isteri. Tidak ada jalan lain baginya kecuali dia mesti menjadi suami mithali
dan ideal yang sangat diidamkan dan dicintai oleh wanita.Siisteri akan merasa senang dengan pergaulan yang sangat mesra , mereka bahagia
bersama suaminya keran ketulusan persahabatan yang ditunjukkan kepada isterinya. Sati iakatan persahabatan yang beradab dan tinggi nilainya.
walau bagaimana sibuknya dlam urusan hidup dan bagaimana pun lamanya kehidupam mereka hingga masa tua , hingga sanggup sehidup semati.

Lihatlah muslim al hak yang telah menjadi suami mithali itu, ia menemui isteri dan anak-anaknya dengan muka yang berseri-seri dan senyum simpul
dan memulakan ucapan "Assalamualaikum" kepada mereka, ucapan tahiyat penghormatan yang berakat dan baik yang telah diperintahkan oleh Allah swt
mengucapkannya dan menjadikannya tahiyatul islam yang istimewa tatkala berfirman :

An-Nur :61
 ..... Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat (yang menjelaskan hukum-hukumNya), supaya kamu memahaminya.


Rasulullah saw telah memberi dorongan yang kuat diatas tahiyat ini ( Assalamualaikum....) tatkala dia bersabda kepada Anas r.a

" Hai anakku , apabila engkau masuk kepada ahlimu maka ucapkanlah "Assalamualaikum" supay engakau dan ahlimu mendapat berkat."(riwayat tarmizi)

Seseungguhnya inilah berkat, manakah berkat yang lebih baik daripadanya? Kalau lelaki itu mengucap salam sejahtera kepada ahlinya , lalu mendatangi mereka seperti datangnya musim bunga lalu membungai hidup mereka dengan kebahagiaan , kegembiraan dan keriangan dan menaburkan kepada mereka rasa mesra ,rhamah , kasih sayang  dan penuh redha. Menghulurkan bantuan kepada isterinya tatkala melihat dia berhajat kepada bantuan , menghiburkan isterinya dengan perkataan yang lemah lembut, sekiranya dia mendapati isterinya mengadu lantaran letih , lesu, jemuatau susah hati sehingga isterinya
merasai nikmat bernaung dibawah naungan seorang sumai yang kuat, yang mulia dan pemurah yang memperlindungidia yang menjaganya, yang memeprhatikan segala urusannya, memenuhi segala keperluannya yang mustahak dan munasabahmenurut syariat islam. Semuanya menurut kemampuannya . Disamping itu dia meneydapkan isterinya dengan mengkemasi dan menghiasi dirinya dengan perhiasan yang diizinkan oleh syariat islam.Memberi kesempatam kepada isterinya
untuk bersenda gurau dan bermesra-mesra dengannya. Tidak menghabiskan segenap masanya untuk urusannya yang berbagai-bagai urusannya. Tetapi sebahagian waktunya diperuntukkan untuk memuaskan hati isterinya , sebab islam itu telah menjamin hak isteri untuk berseronok-seronok dengan suaminya,sehingga tidak mengizinkan suami menghabiskan masanya sekali pun untuk beribadah kepada Allah yang menjadi sebaik-baik amal dan semulia-mulianya.

Supaya tidak rosak perseimbangan yang teguh yang diatasnya ditegakkan agama yang besar ini. Yang demikian itu kita dapati pada hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru r.a yang telah berkata: " Bahawa Rasulullah saw telah mendengar berita yang melampau didalam beribadat kepada Allah lalu rasulullah saw bersabda kepada Abdullah;

" Benarkah aku diberitahu bahwasanya engkau berpuasa siang hari dan beribadat dimalam hari? Abdullah menjawab "Ya " rasulullah saw . Bersabda rasulullah saw :
 Janganlah anda buat. Berpuasalah  dan berbukalah, dan tidurlah dan bangunlah beribadat. Kerana sesungguhnya , bagi jasmanimu ada hak keatasmu.
bagi kedua matamu ada hak keatasmu. Dan bagi isterimu ada hak keatasmu dan bagi para penziarahmu ada hak keatasmu."

(Riwayat Bukhari dan muslim)- bersambung.....

No comments: