Tuesday, April 23, 2013

10 CONTOH PENTING BAGAIMANA RASULULLAH MELAYANI ISTERINYA

بسم الله الرحمن الرحيم
 Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد

Ramai suami akhir zaman nak ambil satu sunnah saja kalau bab beristeri iaitu kahwin lebih dari satu.
Sunnah -sunnah kat bawah ni dah buat ker belum?




 1. Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menambalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan
keluarga maupun untuk dijual.

 2. Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyingsingkan  lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumah tangga.

 3. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.

 4. Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan.
Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Humairah?’
(Humairah adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang berarti ‘Wahai yang kemerah-merahan’) Aisyah menjawab dengan agak serba salah,
‘Belum ada apa-apa wahai Rasulullah. ’Rasulullah lantas berkata, ‘Jika begitu aku puasa saja hari ini. ’tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah
 baginda.

 5. Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya.Rasulullah menegur, ‘Mengapa engkau memukul isterimu?’
 Lantas dijawab dengan agak gementar, ‘Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap begitu juga, jadi aku pukul lah dia.’
 ‘Aku tidak menanyakan alasanmu,’ sahut Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam. ‘Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada  anak-anakmu?’

 6. Pernah baginda bersabda, ’sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.’ Prihatin, sabar dan rendah hati baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menurunkan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

 7. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala dan rasa kehambaan yang sudah melekat dalam diri Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam  menolak sama sekali rasa kesombongan.

 8. Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai  maupun dalam kesendiriannya.

 9. Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus  beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

 10. Fisiknya sudah tidak mampu menanggung kemauan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah, ‘Ya Rasulullah, bukankah engaku  telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?’ Jawab baginda dengan lunak, ‘Ya ‘Aisyah, apakah aku tak boleh menjadi
 hamba-Nya yang bersyukur.

No comments: