Wednesday, April 17, 2013

Kenapa Tidak Peduli akan Tarbiyah Dzatiyah?

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد







1. Minimumnya ilmu Keislaman. Dalam Al-Quran dan Sunnah banyak sekali arahan agar kita mentarbiyah diri sendiri (menjaga keimanan, iltizam dengan ibadah dan berakhlak mulia).

2. Tidak jelas akan matlamat hidup di dunia ini. Kita akan hidup dengan mengikut-ikut trend manusia kebanyakan dan tidak peduli dengan usaha pembaikan keislaman diri dan pembersihan jiwa.

 3.Hanyut dengan kehidupan dunia. Kita terlalu leka dengan kesibukan dunia dan tuntutannya sehingga kita terlupa (atau ala kadar) untuk beribadah kepada Allah SWT dan memenuhi tuntutan-Nya.

4. Salahfaham terhadap Tarbiyah Dzatiyah dengan menganggap ia akan membebankan dan menuntut masa yang banyak sehingga menggangu kehidupan seharian kita. Atau juga merasakan bahawa kita telah laksanakan ibadah-ibadah wajib, jadi kenapa masih perlu Tarbiyah Dzatiyah?

5.Kurangnya asas-asas Tarbiyah hingga kita tidak merasakan kepentingan membina, mendidik dan memperbaiki diri sendiri.Murabbi kita mungkin kurang menekankan soal Tarbiyah Dzatiyah ini. Sehingga kita anggap sudah cukup dengan sekadar menghadiri program-program Tarbiyah Jama'iyah sahaja.

6.Kita merasa umur masih muda dan kematian masih jauh, sehingga kita tidak terlalu peduli dengan Tarbiyah Dzatiyah.

No comments: