Sunday, June 30, 2013

" Saya telah pergi solat jumaat selama 30 tahun"

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد

by Saudi life




Sebuah masjid telah menerima sepucuk surat dari ketua pengarang sebuah akhbar yang mendakwa adalah sia-sia pergi solat jumaat pada setiap minggu.

" Saya telah pergi solat jumaat selama 30 tahun" tulisnya " dan dalam masa tersebut saya telah mendengar 3000 khutbah. Tetapi sepanjang hidup saya saya tak ingat satu pun darinya. Jadi saya rasa saya telah membuang masa dan masa Imam yang telah memberi kutbah tersebut .

Ini menyebabkan kontroversi kepada kolum "surat kepada Editor" dalam surat khabar tersebut , kebanyakannya  marah kepada pengarang tersebut. Perkara itu berlarutan selama berminggu-minggu sehingga seseorang telah menulis ayat dibawah ini:

" Saya telah berkahwin selama 37 tahun, Dalam masa tersebut isteri saya telah memasak sebanyak 32000 hidangan. Tetapi sepanjang kehidupan saya , saya tidak pernah mengingat apakah menu-menu tersebut. Tetapi saya tahu ini... Semua hidangan itu berkhasiat  dan memberi saya kekuatan yang cukup untuk saya meneruskan kerja saya . Jika isteri saya tidak menyediakan hidangan tersebut, saya mungkin dah mati secara fiziknya sekarang.

Begitu juga  kalau saya tak pernah pergi kemasjid  untuk pencerahan, saya mungkin telah mati secara spritualnya sekarang.

Allah berfirman dalam surah Al Anfal:




Cerita diatas samalahlah orang yang beriktikad solat pakai niat saja. Malangnya bila makan tak pulak dipakai niat saja. Wallhualallam.

No comments: