بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد
by dr maza
Al-`allamah Ibn al-Imam (w. 745H) dalam kitabnya Silah al-Mu’min fi al-Du`a wa al-Zikr سلاح المؤمن في الدعاء والذكر memetik ungkapan al-Qadi `Iyadh: “Sesungguhnya Allah telah mengizinkan untuk berdoa kepadaNya. Dia mengajar doa di dalam kitabNya kepada hamba-hambaNya. Nabi S.A.W pula mengajar do`a kepada umat baginda.
Dalam doa-doa tersebut mengandungi tiga unsur, iaitu;
1. ilmu mengenai tauhid,
2ilmu mengenai bahasa dan
3. nasihat kepada umat.
Maka tidak wajar bagi seseorang berpaling daripada doa-doa baginda S.A.W. Syaitan telah menipu manusia dalam hal ini, lalu dia telah mewujudkan untuk mereka satu puak yang jahat (golongan pereka hadis). Lantas mereka mencipta secara palsu untuk diri mereka doa-doa yang memalingkan mereka daripada mencohtohi Nabi S.A.W.
Lebih buruk lagi, mereka menyandarkan doa-doa tersebut kepada para nabi dan orang-orang solih, lalu mereka kata: doa Adam, doa Nuh, doa Yunus dan doa Abi Bakr al-Siddiq r.a. (tanpa bukti sahih)” (sila rujuk: Ibn al-Imam, Silah al-Mu’min fi al-Du`a wa al-Zikr, m.s. 22-23, Damsyik: Dar al-Kalim al-Tayyib)
No comments:
Post a Comment