Monday, March 31, 2014

No April fool please!

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد





Hari  ni "april fool". Ramai orang hari ni memperbodohkan orang dan berbohong kerana terikut budaya ini.
Kita sebagai seorang islam kena sedar yer- ada sesuatu yang Allah sediakan untuk kita ,akan terlepas dari kita disebabkan "April fool " ini - sila baca tulisan Dr Abbas Madani dibawah:-



Di Tengah Syurga.
Syurga sangat luas. Dan ianya disediakan untuk orang yang beriman. Bukan hanya beriman sahaja, tetapi mesti diikuti dengan amal soleh.
Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda :
أَنَا زَعِيمٌ بِبَيْتٍ فِى رَبَضِ الْجَنَّةِ لِمَنْ تَرَكَ الْمِرَاءَ وَإِنْ كَانَ مُحِقًّا وَبِبَيْتٍ فِى وَسَطِ الْجَنَّةِ لِمَنْ تَرَكَ الْكَذِبَ وَإِنْ كَانَ مَازِحًا وَبِبَيْتٍ فِى أَعْلَى الْجَنَّةِ لِمَنْ حَسَّنَ خُلُقَهُ
“Aku menjamin sebuah rumah di TEPI SYURGA bagi sesiapa yang meninggalkan perdebatan walaupun berada di pihak yang benar. (Aku juga menjamin) sebuah rumah di TENGAH SYURGA bagi sesiapa yang MENINGGALKAN BERBOHONG walaupun dia melakukannya secara BERGURAU. (Aku juga menjamin) sebuah rumah di PUNCAK SYURGA bagi sesiapa yang berakhlak mulia.” [Sunan Abi Daud(4800)]
Mari beramal soleh dengan meninggalkan berbohong walaupun secara bergurau.
Jangan ikuti budaya orang bukan Islam. Jangan sampai kurniaan Allah taala yang begitu besar hilang kerana kebodohan kita meniru budaya mereka.
Semoga Allah taala kurniakan RUMAH DI TENGAH SYURGA

No comments: