Wednesday, March 26, 2014

Pesanan ustaz Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد





1. Isu orang hilang di dalam fiqh dijelaskan di dalam bab al-Mafqud. Orang yang hilang dalam waktu yang lama dan tidak diketahui apakah masih hidup atau sudah mati maka orang itu harus dihukumi hidup sehingga diketahui dengan pasti apakah mafqud tersebut sudah mati atau masih hidup, maka tidak boleh menghukumi kecuali dengan yakin.

2. Selagimana tidak menjumpai bukti jasad, atau fizikal atau saintifik, maka tempoh menunggu sebelum disahkan orang yang hilang itu sudah meninggal adalah 4 tahun sebagaimana kisah Saidina Umar dan seorang wanita yang kehilangan suaminya.

3. Maka, solat jenazah ghaib, tahlil dll tidak boleh dilakukan lagi selagimana tidak ada pengesahan yang benar-benar boleh diyakini daripada pihak yang berautoriti. Sekurang-kurangnya, jika dijumpai kotak hitam atau apa-apa bukti maka, bolehlah diisytiharkan mereka sudah meninggal dunia.

Impak yang besar kepada keluarga daripada sudut perkahwinan dan pembahagian harta pusaka jika mengisytiharkan mereka sudah meninggal dunia tanpa bukti yang jelas.
Apa yang boleh dilakukan adalah terus berusaha dalam pencarian dan berdoa.
Post a Comment