Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد
by Ustaz Zahazan -buku (Kenali Rasul kita)
Dpd Juwairiyah r.a bahawa Nabi s.a.w keluar dari rumahnya pada waktu pagi ketika Baginda pergi menunaikan solat fardu subuh sedangkan dia (Juwairiyah) di ruang solat di rumahnya. Kemudian Baginda s.a.w pulang setelah Duha sedangkan Juwairiyah maseh duduk (berzikir) di ruang solatnya itu. Mendapati yg demikian Baginda s.a.w lantas bersabda: Awak maseh dalam keadaan seperti mana aku tinggalkan tadi? Juwairiyah berkata: Ya. Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya aku telah mengucapkan selepas meninggalkan mu tadi 4 kalimah sebanyak 3 kali, yg jika ditimbang dan dibandingkan dengan apa yg awak katakan sejak tadi hingga sekarang nescaya apa yang aku amalkan itu lebih berat timbangannya, iaitu:
سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقِهِ وَرِضَا نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
"Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya" sebilangan makhlukNya, seridha dirinya, seberat ArashNya, sebanyak kalimahNya.
Riwayat Muslim.
Riwayat Muslim.
No comments:
Post a Comment