Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد
[Catatan Perkongsian EG529 oleh Ust Abdul Haris Bin Bain, Ketua Sekretariat Malaysians 4 Egypt - M4E di UIAM 10 April]
1. Salah seorang dari 529 yang dihukum ini, berada di luar negara. Dia siap gelak-gelak lagi apabila menjawab panggilan sewaktu Al Jazeera tanya berkenaan hukuman gantung yang dikenakan ke atasnya. Mana tak nya! Takde kena tangkap, tiada perbicaraan, terus kena hukuman gantung.
2. 5 orang daripada 529 sudah berada di Arab Saudi 3 tahun lepas sebelum Mubarak digulingkan lagi . Pelik. Sudah dekat luar Mesir tapi disabit kesalahan atas tuduhan bunuh.
3. 3 daripada mereka telah syahid sewaktu Medan Rabaah diserang pada 14 Ogos dan 2 daripada mereka berumur 17 tahun dan tidak boleh dihukum gantung (undang-undang Mesir pesalah berumur 18 tahun ke atas sahaja yang boleh dihukum gantung)
4. Kertas pertuduhan berjumlah 3070 helai tetapi hakim tak lihat langsung. Ini menyebabkan banyak berlaku perkara pelik. Bila peguam bela ingin mengemukakan hujjah pembelaan kepada tertuduh keempat, hakim jadi berang dan berkata: aku diminta utk selesaikan kes ini 3 hari sahaja. Kalau macam ni bila nak selesai?
5. Hanya 20-30% sahaja dari 529 ini adalah Ikhwanul Muslimin. Yang lain hanyalah orang awam biasa yang menentang kudeta. Pimpinan Ikhwan Muslimin tiada dalam kalangan 529 ni.
*Jadi, istilah IM529 tidak tepat.
6. Selepas Dr Mursi dijatuhkan, Hosni Mubarak mempunyai 4 kes tetapi semuanya terlepas atas arahan hakim yang baru. Mubarak telah dibicarakan selama 2 tahun dalam 48 sesi perbicaraan.
7. Selepas Mursi (pada tahun pemerintahannya) umumkan yang Mesir tidak akan bergantung pada barat, dari segi keperluan dan kecukupan makanan, membuat sendiri senjata dan keperluan ketenteraan dan ubatan, ketika itulah bermulanya usaha tali barut Yahudi ini untuk menjatuhkan beliau. Ketakutan barat dan Yahudi semakin meningkat apabila Mursi mengiklankan sokongannya kepada pejuang Syria menentang Bashar dalam satu muktamar besar di stadium terbesar di Kaherah. Mursi juga mengatakan Bashar perlu menghentikan pembunuhan di Syria dan Hizbullah(Hizbu syaiton) tidak ada hak dan mesti keluar dari Syria.
8. Pembunuhan di Raba'ah sahaja mencecah 3000 orang pada hari kejadian. Masjid dan mayat dibakar.. disamping puluhan ribu jadi tahanan selain yang cedera parah.
9. Keadaan Dr Mursi sekarang, Wallahu'alam. Beliau sendiri pun tidak tahu beliau di mana sekarang. Kerana beliau sendiri disembunyikan. Datang perbicaraan pun naik helikopter. Dia terus dibicarakan dgn berbagai tuduhan. Kita doakan keselamatan ke atas beliau dan ahli keluarganya. Juga kepada seluruh rakyat Mesir yang ditindas.
10. Ada 3 siri perbicaraan yang dirancang untuk dijatuhkan dihukum bunuh. Siri pertama 529. Nak dibunuh orang-orang berani ini supaya orang lain jadi takut untuk menentang. Lagi 2 siri seterusnya tu pun lebih kurang 500 orang. Bilangan tu pun main tulis je. Bak kata ustaz Haris tadi, bila dah habis dakwat dia berhentilah.
11. Lihatlah betapa korup dan rosaknya sistem kehakiman di Mesir. Dari sebawah-bawah pegawai sehingga setinggi-tinggi pegawai yang menjawat jawatan kerajaan, semuanya korup. Dan ditapis agar tiada seorang pun (malahan moyang keturunannya) pernah terlibat dengan Ikhwan dan seangkatan dengannya.
12. Situasi masyarakat awam (khususnya pelajar Malaysia di mesir), agak menyedihkan. Jenayah sangat kerap. Keselamatan mereka sangat terancam. Yang muslimat yang memakai niqab, disarankan tidak memakai niqab ketika keluar agar tidak disalah anggap sebagai 'Arabi (orang Arab).
13. Yang dihukum 529, yang dalam tahanan 218, yang dibawa ke mahkamah untuk dibicara hanya 68. Bukti yang baki-baki lain itu masih bebas/ tidak dibicarakan ketika perbicaraan di Mahkamah el Meniya. Apabila ditanya kemana baki tertuduh yg tidak hadir... hakim enggan menyatakan sebabnya.
14. Perbicaraan selama 20 minit (2 sesi selama tiga hari : 15 minit dan 5 minit masing-masing) kemudian terus 529 orang ‘banduan’ dijatuhkan hukuman gantung. Sekarang hukuman ini menunggu sokongan mufti (amalan di Mesir memerlukan sokongan mufti untuk semua hukuman bunuh). Sehingga kini mufti belum memberikan jawapan. Jika mufti menyokong hukuman ini, Hakim Saed Yusuf akan adakan sidang khas untuk jatuhkan hukuman tersebut.
15. Zaman Hosni Mubarak ada 500,000 tentera tetapi seorang pun tidak pernah pergi berperang walaupun dekat Israel. Jeneral As-Sisi pun tak pernah pergi berperang. Dia juga ada 40,000 polis, 900,000 Amna Daulah (pasukan keselamatan khas untuk jaga kepentingan Mubarak). Nak masuk tentera atau polis, memang tak boleh (Zaman Mubarak) sebab tak mungkin diterima kerana ada silsilah kecenderungan terhadap Islam.
16. 1979 perjanjian Camp David antara Mesir dan Israel (berdamai). 1982 mereka dapat bantuan kewangan dari Amerika. Israel dapat 3 billion, Mesir dapat 2.1 billion..815 million untuk ekonomi, 1.3 billion untuk tentera. Sebagai balasan, US dapat kebebasan boleh lalu ruang udara ketenteraaan dan laut Mesir dan kena beli senjata dari US. Diberitakan Gaji Sisi sahaja ialah 3 juta pound Mesir (RM1.5 juta) sebulan.
17. Mursi merupakan orang awam pertama yg memerintah Mesir sejak sistem beraja digulingkan sekitar tahun 50an. Bahkan ada yg mengatakan orang awam pertama sejak zaman Firaun.
18. Semua stesen minyak tentera pegang, kilang roti pun tentera pegang.
19. 529 orang penyokong legitimasi ini masih belum dihukum gantung lagi. Banyak khabar angin dan gambar palsu tersebar mengatakan mereka sudah dihukum gantung.
20. Pilihanraya tempoh hari adalah bersih tapi kudeta dilakukan sebab nak jaga kelangsungan agenda dan keselamatan Israel.
21. Yaman mempunyai 20 juta orang rakyat. 20 juta x 3= jumlah senjata ringan di Yaman. Tetapi senjata tidak digunakan oleh mereka ketika menjatuhkan Presiden Ali Abdullah Saleh ingin elakkan campurtangan barat.
22. Firaun membunuh/menyembelih anak lelaki (simbolik kepada mereka yang berani), dan membiarkan hidup anak perempuan (simbolik kepada mereka yang hidup dalam ketakutan).- maksud ayat 49 surah Baqarah.
23. Hakim di Mesir ini bukan korup sekarang sahaja tetapi boleh dirujuk sejak zaman Nabi Yusuf ( surah Yusuf : 23-29)
24. Tambahan kebobrokan sistem kehakiman Mesir : Mereka pernah mengisytiharkan sejumlah warga Palestin (Hamas) telah menceroboh penjara-penjara Mesir selepas kejatuhan mubarak awal 2011 (dikatakan untuk membebaskan tahanan tertentu) tetapi terbukti nama-nama yang disebutkan ada dalam tahanan rejim Israel sejak 18 tahun lalu dan sebahagian yang lain telah syahid terkorban sejak sekian lama.
No comments:
Post a Comment