Monday, April 28, 2014

Wirid lepas solat yang ada nas

بسم الله الرحمن الرحيم
 Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد





Antara wirid selepas solat fardhu yang tsabit daripada Nabi SAW yang diajar oleh Al-Fadhil al-Ustaz Dr Abdul Basit Abdul Rahman hafizahullah semasa kuliah Maghrib di Sekolah al-Irsyad semalam.
1. Istighfar.
أَسْتَغْفِرُ الله َ(ثلاث), اَللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ، وَمِنْكَ السَّلاَمُ، تَبَارَكْتَ يَا ذَا الْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ
Maksudnya: “Aku minta ampun kepada Allah,” (dibaca tiga kali). Kemudian baca: “Ya Allah, Engkaulah pemberi keselamatan, dan dari-Mu keselamatan, Maha Suci Engkau, wahai Tuhan Yang Memiliki Keagungan dan Kemuliaan.” - Hadith Riwayat Muslim.
2. Tasbih, Tahmid dan Takbir.
سُبْحَانَ اللهِ(33 ×) وَالْحَمْدُ لِلَّهِ (33 ×)وَاللهُ أَكْبَرُ (33 ×) لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ
Maksudnya: “Maha Suci Allah(33 kali), segala puji bagi Allah(33 kali) dan Allah Maha Besar(33 kali). (Dicukupkan seratus dengan membaca) Tidak ada Tuhan - yang berhak disembah- kecuali Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan. Bagi-Nya pujaan. Dia-lah Yang Mahakuasa atas segala sesuatu.”
Fadhilat: Diiampuni kesalahannya, sekalipun seperti buih di laut. - Hadith Riwayat Muslim
3. Membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas. - Hadith sahih, Riwayat Abu Daud, Tirmizi dan an-Nasaie
4. Membaca ayat kursi.
Fadhilat: Tidak ada yang menghalanginya masuk Syurga selain mati (yakni jaminan untuk masuk syurga dengan kefahaman dan berpegang teguh dengan isi ayat ini)- Hadith sahih, Riwayat an-Nasaie
5. Membaca doa berikut:
اَللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
Maksudnya: “Ya Allah, bantulah aku dalam berzikir kepada-Mu (mengingati-Mu), mensyukuri nikmat-Mu, dan melakukan ibadah yang baik kepada-Mu.” - Hadith Riwayat Al-Bukhari dalam Adabul Mufrad dan Imam Ahmad. Dinilai sahih oleh al-Albani dan Syu’aib al-Arnauth.

dicatit oleh ahmad Kamil

No comments: