Sunday, August 3, 2014

[Manusia Yang Meninggalkan Al-Quran]

بسم الله الرحمن الرحيم
 Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد





By Dr. Abu Anas Madani

[Manusia Yang Meninggalkan Al-Quran]
وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا
Rasul berkata: Wahai tuhan. Sesungguhnya kaum ku telah menjadikan al-Quran ini perkara yang ditinggalkan. [al-Furqan : 30]
Siapakah manusia yang meninggalkan al-Quran?
Kata Al-Imam Ibn Kathir:
وكانوا إذا تلي عليهم القرآن أكثروا اللغط والكلام في غيره، حتى لا يسمعوه. فهذا من هجرانه،
Apabila dibacakan al-Quran, mereka itu membuat bising dan bercakap-cakap tentang perkara lain sehingga sehingga mereka tidak mendengarnya. Inilah satu bentuk meninggalkan al-Quran.
وترك علمه وحفظه أيضا من هجرانه،
Tidak mempelajari dan menghafaznya merupakan satu bentuk meninggalkan al-Quran.
وترك الإيمان به وتصديقه من هجرانه،
Tidak beriman dengannya merupakan satu bentuk meninggalkan al-Quran.
وترك تدبره وتفهمه من هجرانه،
Tidak menghayati dan memahaminya adalah satu bentuk meninggalkan al-Quran.
وترك العمل به وامتثال أوامره واجتناب زواجره من هجرانه،
Tidak beramal, tidak mengikuti arahannya, dan tidak menjauhi larangannya merupakan satu bentuk meninggalkan al-Quran.
والعدولُ عنه إلى غيره -من شعر أو قول أو غناء أو لهو أو كلام أو طريقة مأخوذة من غيره -من هجرانه،
Mengutamakan perkara lain seperti syair, kata-kata manusia, nyanyian, permainan atau perbualan, atau jalan-jalan lain melebihi al-Quran merupakan satu bentuk meninggalkannya.
فنسأل الله الكريمَ المنانَ القادرَ على ما يشاء، أن يخلّصنا مما يُسْخطه،
Kita memohon kepada Allah yang Maha Pemurah Maha Pemberi Maha Berkuasa di atas segala sesuatu, untuk menghilangkan daripada diri kami apa yang Dia murkai.
ويستعملنا فيما يرضيه، من حفظ كتابه وفهمه
Menjadikan kami orang yang melakukan apa yang Dia redhai dengan menghafaz dan memahami kitabnya.
والقيام بمقتضاه آناء الليل وأطرافَ النهار، على الوجه الذي
يحبه ويرضاه، إنه كريم وهاب.
dan melaksanakan tuntutannya pada malam dan siang hari, pada jalan yang Dia cintai dan redhai. Sesungguhnya Dia Maha Pemurah Dan Pemberi Kurnia.
[Tafsir al-Quran al-Azhim]
Post a Comment