Tuesday, September 9, 2014

Khasiat KangKung

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد





Bisul
Cuci beberapa helai daun kangkung dan tumbuk atau kisar hingga lumat. Lepas tu campurkan sedikit garam dan
tampalkan ramuan tu pada tempat yang kena bisul. Balut dengan kemas. Cuba gantikan dengan tampalan yang baru 2 kali sehari. Lama-kelamaan bisul tu akan pecah, menyusut dan terus sembuh.
Buasir
Ambil akar kangkung sebanyak 3 genggam. Cuci dan rebuskan dengan tiga gelas air hingga tinggal lebih kurang 1 setengah gelas. Kemudian tapis dan ambil airnya, biarkan sejuk dan minum 2 kali sehari. Minum sebelah pagi dan petang sebanyak setengah gelas saja setiap kali.
Sakit Gigi
Ambil satu genggam akar kangkung. Tambahkan setengah sudu teh cuka dan satu gelas air. Rebuskan kesemuanya.
Setelah sejuk, tapis dan gunakan airnya untuk berkumur-kumur. Dikatakan ia dapat membantu meredakan sakit gigi.
Hidung Berdarah
Ambil seikat daun kangkung segar. Cuci dengan bersih dan tumbuk/kisar hingga halus. Kemudiannya tambahkan sedikit gula dan bancuh dengan air panas. Apabila telah sejuk, tapis dan minum airnya dua kali sehari.
sumber _Bernama  radio24
Post a Comment