Sunday, September 28, 2014

(KOLEKSI HADIS TIDAK SAHIH DI FACEBOOK SIRI KE DUA)

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
 اللهم صل على محمد وآل محمد




1) Hadis Kelebihan Memotong Kuku Pada Hari Tertentu
Kata Ibn al-Jauzi:
هذا حديث موضوع على رسول الله صلى الله عليه وسلم، وهو من أفبح الموضوعات
Maksudnya: Hadis ini palsu ke atas Nabi sallallah alaih wasallam. Dan ia antara seburuk-buruk hadis palsu.
(Rujuk: Kitab al-Maudhu'at, jld. 3, hlm. 53)
Ada banyak hadis mengenai memotong kuku pada hari tertentu tetapi semua riwayat nya dikritik ulamak hadis.
2) Hadis Syaitan Menangis Jika Pemuda Kahwin Awal
Jalur ini palsu kerana Khalid bin Ismail adalah pendusta. Berikut komentar ulama hadis terhadap beliau:
i. Kata Ibn Hibban: Tidak boleh berhujah dengan hadisnya dalam apa-apa keadaan.
ii. Kata al-Daraqutni: Perawi yang ditinggalkan
iii. Kata Ibn Adiy: beliau memalsukan hadis dan menyandarkannya kepada perawi tsiqat.
iv. al-Zahabi menyimpulkan beliau sebagai pendusta.
[Rujuk: al-Kamil, jld. 3, hlm. 43, Mizan al-I'tidal, jld. 1, hlm. 627, Lisan al-Mizan, jld. 7, hlm. 121]
3) Rasulullah dilahirkan dalam keadaan sudah berkhitan
Komentar terhadap hadis:
Hadis ini tidak mencapai kepada darjat sahih kerana terdapat perawi hadis yg bernama Sufyan bin Muhammad al-Massisi. Berikut komentar jaguh-jaguh hadis terhadap kedudukan beliau dalam periwayatan hadis:
i. Kata Ibn Hibban: Tidak halal berhujah dengan hadis riwayatnya.
(Rujuk: Kitab al-Majruhin, jld. 1, hlm. 395, al-Ilal al-Mutanahiah, jld. 1, hlm. 171)
ii. Kata Ibn Adiyy: Dia seorang pencuri hadis, melakukan taswiah (menggugurkan perawi lemah) dalam sanad hadis dan sebahagian hadis riwayatnya palsu.
(Rujuk: al-Kamil fi al-Dhu'afa', jld. 3, hlm. 419)
Oleh sebab itu, Ibn al-Qayyim berpandangan bahawa Nabi saw dikhitankan sama sahaja seperti bayi-bayi arab yang lain. Maka tiada riwayat yang sahih dalam isu in
(Rujuk: Zad al-M'aad, jld. 1, hlm. 80)
4) Malaikat Datang Kepada Manusia 70 Kali Sehari
Hadis palsu yang sebahagian penceramah selalu baca. Ia adalah riwayat Abu Hudbah Ibrahim bin Hudbah al-Farisi. Berikut komentar ulama hadis terhadapnya:
1. Kata Abu Hatim: pendusta
2. Kata Yahya bin Ma'ien: pendusta yang jijik.
3. Kata Ahmad bin Hanbal: tiada apa-apa (nilai). Sering meriwayatkan hadis-hadis munkar.
4. Kata al-zahabi: pendusta
5) Jangan Pukul Anak Anak Yang Menangis Dalam Masa Setahun
Hadis itu menyatakan janganlah pukul anak anak dalam masa setahun kerana 4 bulan pertama kelahiran dia ialah bersyahadat laailaahha illallah manakala 4 bulan kedua dia akan berselawat kepada nabi dan 4 bulan seterusnya akan mendoakan kedua orang tuanya
Berikut komentar ulama hadis:
- Kata Ibn Hajar: ia palsu tanpa keraguan
(Rujuk: Lisan al-Mizan, cet: muassasah al-A'lami, jld. 4, hlm. 191)
- Kata Ibn Iraq al-Kinani: ya ia dinisbahkan kepada penipuan dan dusta.
(Rujuk: Tanzih al-Syariah al-Marfuah, cet: Dar al-Kutub al-'Ilmiah, jld. 1, hlm. 171)
6) Amalan Tidak Diterima Selama 40 Hari Jika Bercakap Perkara Dunia Dalam Masjid
Komentar Ulamak Hadis :
Dihukum palsu oleh Al Saghani dalam Kitab Al Madhuat dan Mulla Ali Al Qarri
Wallahua'lam
20 september 2014
Sweileh, Jordan

No comments: