Tuesday, September 2, 2014

(Menilai Kesahihan Hadis Doa Makan Yang Dibaca Masyarakat Melayu Sejak Dari Dahulu)

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
اللهم صل على محمد وآل محمد





Seperti yang dimaklumi bahawa masyarakat melayu membaca doa sebelum makan dengan lafaz berikut:

اللّهُمّ بارِك لنا فِيما رزقتنا ، وقِنا عذاب النّار

[Allah Humma Bariqlana Fima Rozaqtana Waqina Azab bannar]

Maksudnya: Ya Allah berkatilah segala apa yang Engkau rezekikan pada kami dan jauhilah kami dari azab neraka.

1. Takhrij hadis:

Hadis ini diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Du'a (hlm. 278), Ibn 'Adiyy dalam al-Kamil (jld. 6, hlm. 206) Ibn Sunni dalam 'Amal al-Yaum wa al-Lailah (hlm. 406) kesemua mereka dari jalur Muhammad Ibn Abi al-Zu'aizi'ah dari 'Amr bin Syuaib dari ayahnya dari Abdullah bin 'Amr dari Nabi sallallahu 'alaihi wasallam dengan lafaz:

[Komentar ulama hadis terhadap riwayat dan perawi hadis ini]

i. al-Bukhari menyatakan Ibn Abi al-Zu'aizi'ah tersangat-sangat munkar al-hadis (terlalu banyak meriwayatkan hadis munkar)

(Rujuk: al-Bukhari, al-Tarikh al-Kabir, jld. 1, hlm. 88, Ibn Hajar, Lisan al-Mizan, jld. 5, hlm. 165)

ii. Abu Hatim al-Razi:

- هذا حدِيثٌ ليس بِشيءٍ ، وابنُ أبِي الزُّعيزِعةِ لا يشتغِلُ بِهِ مُنكِرُ الحدِيثِ.

Maksudnya: Hadis ini tidak sahih dan Ibn Abi al-Zu'aizi'ah munkar al-Hadis (banyak meriwayatkan hadis munkar) (Rujuk: Ibn Abi Hatim, al-'Ilal, jld. 2, hlm. 14)

iii. Ibn Hibban:

كان ممن يروى المناكير عن المشاهير حتى إذا سمعها من الحديث صناعته علم أنها مقلوبة ، لا يجوز الاحتجاج به .

Maksudnya: Dia (Ibn Abi al-Zu'aizi'ah) meriwayatkan hadis-hadis munkar dari perawi yang masyhur sehinggakan sesiapa yang mempunyai ilmu hadis apabila mendengar riwayatnya mengetahui riwayatnya maqlub (tertukar). Tidak boleh berhujah dengan riwayatnya.

(rujuk: Ibn Hibban, al-Majruhin, jld. 2, hlm. 224)

iv. Ibn 'Adiyy:

ابن أبي الزعيزعة عامة ما يرويه عن من رواه ما لا يتابع عليه

Maksudnya: Semua riwayat Ibn Abi al-Zu'aizi'ah tidak ada diriwayatkan oleh orang lain (dengan riwayat yang sama).

- Ini bermakna Ibn 'Adiyy menganggap riwayat Ibn Abi al-Zu'aizi'ah ini munkar.

Kesimpulannya:

1. Jelas di sini doa sebelum makan yang masyhur itu riwayatnya munkar. Maka ia termasuk dalam kategori hadis yang terlalu daif. Ia tidak boleh diamalkan dalam fadhail al-A'mal kerana syarat utama beramal dalam fadhail al-A'mal ialah hadis daif tersebut mestilah daif yang ringan. Manakala hadis ini daifnya berat. Namun jika nak berdoa dgn apa-apa lafaz mmg boleh, cuma yang jadi masalah bila dilazimi doa itu sahaja sebelum makan sampai ada iktikad itu memang doa sebelum makan sedangkan riwayat tu daif jiddan

2. Riwayat yang sahih dalam kitab al muwatta adalah mauquf dari 'Urwah bin al-Zubair ialah doa makan itu dibaca oleh urwah bin al zubair selepas makan bukannya sebelum makan.

3. Riwayat yang sahih hanya membaca Bismillah sebelum makan seperti berikut. Dalilnya seperti berikut :

عُمَرَ بْنَ أَبِي سَلَمَةَ، يَقُولُ: كُنْتُ غُلاَمًا فِي حَجْرِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَكَانَتْ يَدِي تَطِيشُ فِي الصَّحْفَةِ، فَقَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «يَا غُلاَمُ، سَمِّ اللَّهَ، وَكُلْ بِيَمِينِكَ، وَكُلْ مِمَّا يَلِيكَ»

Nabi sallallah 'alaih wasallam berkata kepadaku: Wahai anak, sebut nama Allah (baca bismillah), makan dengan tangan kananmu dan makanlah (ambillah makanan) yang hampir denganmu.

Hadis riwayat al-Bukhari (jld. 5, hlm. 2056) dan Muslim (jld. 6, hlm. 109)

Wallahua'lam

4 April 2013
Sweileh, Jordan
2.40 petang

dari FB amalkan sunnah

No comments: