Sunday, March 8, 2015

Pencinta al quran mati mendengar al quran pencinta muzik mati mendengar lagu

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد




Ceramah oleh :Dr Abdul Basit Abdul rahman
Petikan Buku Musyahadah Thabib(Penyaksian Seorang Doktor)
Pengalaman Dr Khalid Al Jubair (Pakar bedah di hospital tentera di riyadh)
Suatu pagi dibahagian unit kawalan rapi, Dr khalid masuk ke dalam sebuah bilik pada pukul 7 pagi. Tiba-tiba, anak-anak kepada seorang pesakit yang telah menjalani pembedahan jantung mengatakan bahawa bapa mereka tidak sedarkan diri selepas pembedahan tersebut. Denyutan jantungnya terlalu lemah dan buah pinggang tidak berfungsi. Anak-anak beritahu doktor bahawa bapa mereka dalam keadaan gawat dansedang menghadapi saat kematian. Mereka meminta agar doktor ajarkan dua kalimah syahadah kepada bapa mereka. Doktor pun pergi bersama dengan anak-anak pesakit tadi dan melihat denyutan nadinya sekitar 35-40 denyutan .

Doktor lalu mengajarkan kalimah syahadah. Tiba-tiba kelihatan pesakit gerakkan lidahnya dan tangannya bergerak seolah bersyahadah mengikut apa yang doktor ajarkan. Dan secara tiba-tiba juga denyutan nadinya yang rendah tadi naik kepada 120 kali dan tekanan darah turut naik.

Doktor Khalid lalu memanggil anak-anaknya dan memberitahu hal ayah mereka yang memberi tindak balas terhadap apa yang doktor ajar iaitu syahadah ini. Lalu doktor menyarankan anak-anaknya duduk disisi ayah mereka sambil membacakan al quran. Lalu anak-anak mereka bergilir-gilir membacakan al quran -semua al quran ( tempat kita biasa baca yaasin saja).

Selama 4 hari 3 malam al quran dibacakan secara berterusan menyebabkan tekanan darah naik kepada 130 dan denyutan nadi terus bergerak sehinggalah ayah mereka mati dalam keadaan begitu.

Maka doktor Khalid bertanyakan anak-anaknya tentang keadaan ayah mereka yang memberi tindakbalas positif apabila dibacakan syahadah dan al quran.
Anak-anaknya memberitahu bahawa ayah mereka suka membaca al quran, malah percakapannya adalah samada dia membaca alquran atau berzikir . Dan dia akan khatam al quran setiap tiga hari atau 5 hari sekali. Paling lewat, akan dikhatamkan dalam masa seminggu. 

Begitulah orang yang hidup dengan al quran, walaupun dirinya koma, tetapi memberi tindakbalas positif apabila alquran dibacakan disisinya sehingga Allah menjadikannya mendapat husnul khatimah. Di sebabkan amalannya Allah mentaqdirkan di akhir hayatnya dapat mendengar anak-anaknya membaca alquran secara berterusan selama 4 hari berturut-turut tanpa henti.

Kita bandingkan dengan orang yang mati dalam keadaan mendengar muzik-muzik yang menyebabkan mati dalam suul khotimah.
Orang- yang ditutup hati mereka oleh syaitan, tidak akan mendengar al quran, kecuali mendengar muzik-muzik . Dalam kereta mereka mendengar muzik, begitu juga dalam rumah dan telinga disumbat dengan alunan muzik. Kalau dia mati dalam keadaan bagini, cuba bandingkan perbezaan, seorang mati dengan mendengar al quran dan seorang yang lain dengan mendengar muzik.

Suatu hari, Dr Khalid keluar dari rumah untuk pergi solat subuh pada ramadhan 1415, selepas subuh beliau terserempak dengan kejadian kemalangan. Sebuah kereta terbalik dan pemandunya telah mati , sementara dalam kereta masih kedengaran suara nyanyian lagu yang dipasang. Macam mana keadaan orang ni yang mati dalam keadaan dengar lagu sedangkan orang lain mati dalam keadaan mendengar al quran.
Berkata Ibn qayyim:
Orang yang cinta kepada al quran dalam hatinya, dan cinta juga kepada nyayian-nyanyian, tidak akan berhimpuan dalam hati manusia kedua ini. Ianya sama ada kita sayang kepada al quran atau pun kita suka kepada lagu.
Maka dengan itu, tukarlah perjalanan hidup kita. Kalau dahulu kereta kita penuh dengan cd atau siaran lagu-lagu, tukarlah kepada bacaan al quran ataupun ceramah-ceramah atau kuliah-kuliah motivasi yang memberi faedah kepada kita.
Mereka yang menaiki kenderaan adalah paling dekat dengan kematian kerana walaupun kita berhati-hati dan ikut semua peraturan lalu lintas sebaik mungkin, tetapi beratus lagi kereta yang melalui jalan yang sama. Mungkin ada yang mengantuk, mabuk dan berbagai-bagai. Kalau kita memandu dengan baikpun, mungkin dilanggar oleh orang lain yang menyebabkan kematian. Maka beringat-ingatlah, mudah-mudahan kita mati dalam keadaan kita husnul khatimah, mati dalam keadaan sedang mendengar kuliah, membaca dan mendengar alquran. Mudah-mudahan Allah berikan kita hati yang cintakan al quran, mati dengan al quran dan mati dalam husnul khatimah.

No comments: