Thursday, May 7, 2015

HAMBA DUNIA @ PENCINTA HARTA ??

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد


HAMBA DUNIA @ PENCINTA HARTA ??
Sekiranya ada orang yang mengatakan kita sebagai 'Hamba Dunia' atau 'Pencita Harta' sudah pasti kita akan merasa marah, sudah pasti kita tidak berpuas hati terhadap kata yang dilemparkan ini. Sememangnya tanggapan terhadap seseorang itu sebagai 'Hamba Dunia' atau 'Pencinta Harta' adalah tanggapan yang buruk dan keji.
Tapi tanggapan buruk ini sebenarnya terdapat pada dalam diri setiap insan, kita yang tidak suka kepada tuduhan 'Hamba Dunia' atau 'Cinta Harta' sebenarnya ciri-cirinya sudah ada pada kita tanpa kita sedari, berikut disenaraikan 20 ciri-ciri tersebut supaya ia mampu menjadi pedoman dan panduan untuk kita segera berubah:
(1)- Berfikir hampir setiap hari bagaimana untuk ditambah harta..
(2)- Berasa bahagia apabila dapat mencapai cita-cita dunia..
(3)- Bersungguh-sungguh dalam mengejar kerjaya..
(4)- Merasa cemburu jika ada kawan yang berjaya mengumpul harta..
(5)- Sering membayangkan seronoknya menjadi orang kaya..
(6)- Keciwa apabila gagal meraih apa yang diinginkan..
(7)- Tertekan apabila ada harta yang hilang..
(8)- Pening memikirkan pekerjaan..
(9)- Menilai orang lain pada status kemewahan hidupnya..
(10)- Sibuk dengan urusan dunia sehingga tidak sempat untuk beribadah..
(11)- Suka menjadi popular dan suka mendengar puji-pujian..
(12)- Cuba menjadikan tubuh badan yang ungul dan cantik..
(13)- Hari-hari yang dilalui tidak difikirkan untuk bekalan akhirat..
(14)- Sangat sukar membuka lembaran Quran..
(15)- Kurang bersiap diri untuk menghadapi kematian..
(20)- Doa kesejasteraan dunia lebih beramat berbanding akhirat..
Kerana Harta adalah ujian bagi manusia, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya setiap umat mempunyai fitnah, dan fitnah bagi umatku adalah harta.” (HR Tirmizi)
Allah SWT berfirman: "Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." (Hadiid:20)
Wallahua'lam.. Semoga manafaat.

No comments: