Monday, May 18, 2015

(( ZiKiR membentuk PERIBADI ))

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد



Zikir dari segi bahasa bermaksud sebut dan ingat. Dari sudut peristilahan tasawuf pula, zikir bermaksud terlepas daripada kelalaian dan kelupaan hati dengan sentiasa merasa hadir hati berserta Allah.
# Allah SWT berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah akan Allah dengan ingatan yang banyak." (Ahzab:41)
# Rasulullah SAW bersabda: Apabila kamu melintasi taman syurga hendaklah kamu berhenti singgah. Para sahabat bertanya : Apakah itu taman syurga? Jawab Baginda : Majlis Zikir." (HR Tirmizi)
- - - - - - - - - -
(1). ZIKIR MENTENTERAMKAN HATI
Allah SWT berfirman: "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan zikrullah. Ingatlah, hanya dengan zikrullah-lah hati menjadi tenteram." (R'ad:28)
(2). ZIKIR MENDAPAT KEBAIKAN
Allah SWT berfriman: "Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu, supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)." (Baqarah:152)
(3). ZIKIR TANDA TAKUT KEPADA ALLAH
Allah SWT berfriman: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah, gemetarlah hati mereka." (Anfal:2)
(4). ZIKIR MENGAMPUN DOSA
Allah SWT berfriman: "Dan Laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar." (Ahzab:35)
(5). ZIKIR MERINGANKAN BEBAN NAFSU
Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya golongan mufarridun telah mendahului. Siapa mufarridun itu wahai Rasulullah?. Baginda bersabda: Iaitu mereka yang asyik dalam zikrullah yang mana zikir itu telah meringankan bebanan nafsu mereka, maka mereka akan datang pada hari kiamat dalam keadaan ringan.” (HR Tirmizi)
(6). ZIKIR KUATKAN IMAN
Rasulullah SAW bersabda: "Perbaharuilah iman kamu. Baginda ditanya: Wahai Rasulullah, bagaimana kami dapat memperbaharui iman kami? Baginda bersabda: Perbanyakkanlah menyebut La Ilaha Illallah." (HR Ibn Hanbal)
(7). ZIKIR MASUK SYURGA
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga.” (HR Bukhari)
Banyak lagi kelebihan berzikir ini, apa yang penting amalkanlah zikir ini secara berterusan walaupun sedikit.
Wallahua'lam. dari uswah

No comments: