Pada zaman Cina Kuno, ada seorang petani yang mempunyai seorang jiran yang bekerja sebagai sebagai pemburu dan mempunyai anjing² yang galak namun kurang terlatih.
Anjing² itu sering melompat pagar dan mengejar biri2 petani.
Petani itu meminta jirannya untuk menjaga anjing²nya, tapi ia tdk peduli.
Suatu hari anjing² itu melompat pagar dan menyerang beberapa biri2, sehingga cedera parah. Petani itu merasa tak sabar dan memutuskan untuk pergi ke bandar untuk mengadu kepada seorang hakim.
Hakim itu mendengarkan cerita petani itu dan berkata; "Saya boleh menghukum pemburu itu, memerintahkan dia untuk merantai dan mengurung anjing²nya, tapi anda akan kehilangan seorang kawan dan mendapat seorang musuh. Mana yang anda inginkan, kawan atau musuh yang jadi jiranmu?”
Petani itu menjawab bahawa ia lebih suka mempunyai seorang kawan. “Baik, saya akan mencadangkan anda satu jalan penyelesaian yang mana anda dapat menjaga biri2 anda, supaya selamat dan akan membuat jiran anda tetap sebagai kawan”.
Mendengar cadangan hakim, petani itu setuju. Ketika sampai di rumah, petani itu segera melaksanakan cadangan hakim.
Dia mengambil tiga biri2 terbaiknya dan menghadiahkannya kepada 3 anak jirannya itu, yang mana mereka menerima dgn sukacita dan mulai bermain dengan biri2 tersebut.
Untuk menjaga mainan baru anaknya, si pemburu itu mengurung anjing pemburunya.
Sejak saat itu anjing² itu tidak pernah mengganggu biri2 pak tani.
Sebagai rasa terima kasih atas kedermawanan petani kepada anak²nya, pemburu itu sering membahagi hasil buruan kepada petani.
Sebagai balasannya, petani mengirimkan daging biri2 dan keju buatannya.
Dalam waktu singkat jiran itu menjadi teman yang baik.
Sebuah ungkapan Cina Kuno mengatakan,
“CARA TERBAIK UNTUK MENGALAHKAN DAN MEMPENGARUHI ORANG ADALAH DENGAN KEBAJIKAN.
“CARA TERBAIK UNTUK MENGALAHKAN DAN MEMPENGARUHI ORANG ADALAH DENGAN KEBAJIKAN.
”GIVE & GIVE, NOT TAKE & GIVE...“
Sedapat-dapatnya, kalau hal itu bergantung padamu, hiduplah dalam perdamaian dengan semua orang....
Salam ukhuwwah kepada semua -bhg dakwah Jakim❤
No comments:
Post a Comment