oleh cikgu abghani haron
Ketika di pasar suatu hari,saya melihat seorang ibu tunggal bersama dua anaknya berjalan meninjau barangan yang hendak dibeli.Saya cepat menegur mereka dan sambil bertanya khabar ibunya,tangan saya menyapu kepala dua orang anaknya yang saya tarik merapati tubuh saya.Kedua mereka mendongak melihat saya,mungkin terasa bagai ayah mereka yg telah tiada.Renungan manja anak ini menyebabkan saya tergenang air mata, ternyata mereka rindukan ayah mereka yg pergi buat selamanya.Saya menghulur beberapa helai wang kertas kepada mereka berdua.Segera wajah mereka menjadi ceria dengan senyum lebar.Saya melepaskan mereka berlalu dg perasaan sedih dan iringan doa.Seorang darinya tetapi berpatah balik dan mengucapkan,"Terima kasih cikgu."Mungkin diingatkan oleh ibu mereka.
Saya tidak mahu membicarakan kesedihan saya,tetapi nak menyatakan itulah satu kesempatan yg besar untuk melembutkan hati dan menghilangkan sebahagian dosa, iaitu kesempatan untuk menyapu kepala anak yatim.Nabi menyebut dalam riwayat Imam Ahmad daripada Abu Hurairah: “Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah mengadu mengenai hatinya yang keras, lantaran itu baginda bersabda: "Berilah makan kepada orang miskin dan usaplah kepala anak yatim.”Hati yg keras adalah hati yg susah tunduk kpd Allah,susah nak bersedekah,berbuat ibadat,susah untuk menangis kerana takutkan Allah dsbnya.Setiap kita pasti biasa mengalami hati yg keras,maka ambillah langkah melembutkannya dg zikir,membaca Quran dsbnya,dan jika bertemu anak yatim,ambillah langkah menyapu kepalanya dg kasih sayang,insyaallah janji nabi adalah benar.
Dalam hadis lain disebut “Sesiapa yang mengusap kepala anak yatim kerana sayang, maka Allah mencatat baginya dengan setiap rambut yang tersentuh tangannya satu kebaikan, serta dengan setiap rambut itu akan menghapus satu dosa darinya dan menaikkan satu darjat".Nah!Satu kerja sangat ringan tetapi ganjarannya sangat besar.Tidakkah ada anak yatim di taman,di kampung anda?Jika anda guru terutama guru sekolah rendah,setiap hari anda boleh bersua anak yatim yg menjadi pelajar di sekolah. Tetapi mungkin ada yg tidak tahu kelebihan ini,dah tahu,rebutlah peluang.Walaupun taubat boleh menghapus dosa,tetapi kita kerapkali tidak mencapai taubat nasuha yg menghapus dosa,kita kerap mengulang dosa.Maka ambillah langkah mengusap kepala anak yatim dg penuh kasih sayang sambil mengharap Allah menghapus dosa kita sebagai usaha lain dan meningkatkan darjat kita.
Sebuah hadis lagi,"Bila engkau ingin agar hati menjadi lembut dan damai dan mencapai keinginanmu,sayangilah anak yatim,usaplah kepalanya dan berilah dia makanan seperti yang engkau makan.Bila itu engkau lakukan,hatimu akan tenang serta lembut dan keinginanmu akan tercapai. (Riwayat Thabrani).Janganlah memandang anak yatim dg sinis,sebagai menyusahkan atau sekedar kesian yg terlajak di mulut,tetapi rebutlah kesempatan yg besar yg disediakan pada diri mereka seperti yg di jelas dalam hadis.
Jangan mengharap syurga dg ibadat kita,kerana syurga hanya tercapai dg rahmat dan kasih sayang Allah,jika kita tidak mengasihi sesama insan,bagaimana nak meraih kasih sayang Allah. Jika dg anak yatim yg kematian tempat bergantung pun kita tidak membuktikan kasih sayang kita,bagaimana kita nak berkasih sayang dg hamba yg lain. Tidak mampu membantu dg harta,tunjukkanlah rasa kasih sayang meskipun sekedar menyapu kepalanya kerana kanak kanak suka disapu di kepalanya, sifat keibuan seseorang terlahir bila ia menyapu kepala anaknya,maka begitulah juga bila menyapu kepala anak yatim.
Jangan tersilap takrifan yatim. Anak yatim adalah anak yang ditinggal mati bapaknya, ketika dia belum baligh. Berdasarkan hadis: “Tidak ada status yatim setelah mimpi basah.” (Riwayat Thabrani).Mereka yg telah baligh tidak dikira yatim walau kematian bapa.Jom mula kenal anak yatim di keliling kita sesungguhnya tidak sia-sia setiap sesuatu yang Allah jadikan.Ingatlah kesempatan bertemu anak yatim yg lebih besar pada bila masa pun adalah menyapu kepalanya dg kasih sayang dan memberi sesuatu yg kita sukai.Wallahu a'lam abdghaniharon
Beradablah ketika mengambil cnukilan orang lain.
Beradablah ketika mengambil cnukilan orang lain.
No comments:
Post a Comment