Dari Abu ad-Darda' r.a katanya:
"Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya)":
"Doa seorang Muslim untuk saudaranya (sesama Muslim) tanpa pengetahuannya adalah mustajab. Di kepalanya terdapat satu malaikat yang diwakilkan kepadanya. Setiap kali dia mendoakan kebaikan untuk saudaranya, malaikat yang diwakilkan itu berkata, 'Ya Allah, perkenankanlah (permohonannya), dan kamu juga beroleh perkara yang sama (kebaikan tersebut).'"
[Hadis Sahih Riwayat Muslim]
Sahabat-sahabat yang disayangi, perbanyakkanlah selawat, zikir dan doa terutama selepas waktu Asar sebelum Maghrib pada Hari Jumaat, berdasarkan hadis Nabi :
يَوْمُ الجُمُعة ثِنْتَا عَشْرَةَ سَاعَةً ، لاَ يُوجَد فِيهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ الله شَيْئاً إِلاَّ آتَاهُ إِيَّاهُ ، فَالْتَمِسُوهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ العَصْر
Erti : Hari Jumaat ada 12 bahagian masa yang mana tiada seorang hamba muslim berdoa padanya kecuali akan diberikan (maqbul), maka CARILAH IA di HUJUNG WAKTU SELEPAS ASAR"
(hadis riwayat Abu Daud- Hadis Sahih)
Wallahua'lam.
Soalan:
Assalam ustaz yg dihormati.. Tentang hadis di atas.. Jika yg mendoakan itu seorang pendosa adakah dikira juga mcm tu ustaz?
Contoh.. Saya selalu buat dosa.. Tetapi ada masa saya solat dan berdoa utk keluarga saya dan seluruh saudara islam saya.. Adakah malaikat akan mengaminkan doa seorg pendosa mcm saya ustaz?
Terima kasih ustaz.
Dr Rozaimi menjawab:
Waalaikumussalam
Doa itu sgt ajaib. Ia dikabulkan oleh Allah tanpa syarat jika kita mukmin. Berdoalah dan bertaubatlah dan jangan putus asa dari rahmat Allah. Wallahua'lam
Doa itu sgt ajaib. Ia dikabulkan oleh Allah tanpa syarat jika kita mukmin. Berdoalah dan bertaubatlah dan jangan putus asa dari rahmat Allah. Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment