1 Zulhijjah 1437 | 3 September 2016 | Awal Zulhijjah |
* 10 Zulhijjah 1437 | 12 September 2016 | Hari Raya Korban/Aidiladha |
by Ustazah maznah daud
Menjelang bulan Dzul-Hijjah yang bakal tiba beberapa hari saja lagi, elok kita saling ingat memperingati bahawa 10 hari terawal daripada Dzul-Hijjah merupakan hari terbaik di dunia, hari paling afdhal di sisi Allah 'Azza wa Jalla.
Al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Amal soleh yang paling disukai Allah ialah amalan yang dilakukan oleh hamba-hambaNya pada hari-hari ini (10 hari pertama bulan Dzul-Hijjah). Sahabat bertanya: “Apakah lebih disukai daripada jihad fi sabilillah?” Baginda menjawab: “Ya. Lebih disukai daripada berjihad fi sabilillah, kecuali seorang lelaki yang pergi berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian dia tidak membawa pulang sedikitpun kedua-duanya itu (semua harta dan jiwanya dikorbankan untuk jalan Allah)”
Daripada Jabir bin Abdullah r.a. dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda maksudnya: “Hari yang paling afdal di dunia ialah hari-hari 10, iaitu 10 hari (yang pertama) bulan Zul-Hijjah.”
Hadis dikeluarkan oleh al-Bazzar. Menurut al-Haitsami rawi-rawinya tsiqah.
Hadis dikeluarkan oleh al-Bazzar. Menurut al-Haitsami rawi-rawinya tsiqah.
Salah satu daripada 10 hari tersebut adalah hari Arafah. Ketika para tetamu Allah sedang berwuquf di Arafah, mereka yang tidak berpeluang untuk sama-sama berwuquf disunatkan berpuasa. Daripada Abi Qatadah r.a. Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa pada hari ‘Arafah. Baginda menjawab maksudnya: “Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu, dan setahun yang akan datang.” Riwayat Muslim.
Dan pada hari ke 10 pula (serta hari ke 11, 12 dan 13) disunatkan menyembelih binatang korban bagi mereka yang berkemampuan. Diriwayatkan bahawa baginda s.a.w. bersabda maksudnya:
“Amalan anak Adam yang paling Allah sukai pada Hari Nahar ialah menyembelih haiwan ternakan. Sesungguhnya haiwan-haiwan itu akan bangkit pada hari kiamat nanti bersama tanduk-tanduk, kuku-kuku dan bulu-bulunya. Sesungguhnya darahnya akan sampai kepada Allah sebelum ia menitis ke bumi. Maka laksanakanlah korban dengan sepenuh hati mu”. Riwayat Ibn Majah dan al-Tirmizi
Di dalam hadis yang lain, para sahabat r.a. bertanya Nabi s.a.w. “Apa maksud ibadah korban ini?” Baginda menjawab: “Ini sunnah bapa kamu Ibrahim”. Mereka bertanya lagi: “Apa yang kita perolehi daripadanya?” Baginda menjawab: “Dengan setiap helai bulunya satu kebaikan.” Mereka berkata: “Bulu-bulu yang halus itu?” Baginda menjawab: “Ya. Dengan setiap helai bulu-bulu yang halus itu satu kebaikan”. Riwayat Ibn Majah dan al-Tirmizi

Selain daripada puasa pada hari Arafah (hari ke 9) dan korban pada hari Nahar (hari ke 10), hari-hari lain bermula daripada 1 Dzul-Hijjah wajar dimanfaatkan sebaik-sebaiknya dengan pelbagai amal soleh sama ada yang wajib atau sunat seperti solat, tilawah al-Quran, bersedekah, menuntut ilmu, berbakti kepada ibu bapa, menziarahi orang sakit, mengajak orang berbuat baik, melarang berbuat jahat dan banyak lagi. Yang penting tanamkan azam di dalam diri untuk melakukan kebaikan di mana jua dan pada bila-bila masa. Apabila telah tersemat keazaman, muncullah ilham, terhasillah amalan.
No comments:
Post a Comment