Assalamualaikum Dr.
Mohon pencerahan tentang hadis puasa sunat Tarwiah dan Arafah. Benar atau palsu?
Terima kasih Dr ust
Mohon pencerahan tentang hadis puasa sunat Tarwiah dan Arafah. Benar atau palsu?
Terima kasih Dr ust
Jawapan:
PUASA SUNAT TARWIYAH.
Diriwayatkan 'Puasa hari tarwiyah menghapuskan dosa setahun, manakala puasa hari 'Arafah menghapuskan dosa dua tahun.
قال أبو الشيخ : حدثنا عبد الله بن محمد بن سوار ، حدثنا أبو بلال الأشعري ، حدثنا علي بن علي الحميري ، عن الكلبي ، عن أبي صالح ، عن ابن عباس قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " صَوْمُ يَوْمِ التَّرْوِيَةِ كَفَّارَةُ سَنَةٍ ، وَصَوْمُ يَوْمِ عَرَفَةَ كَفَّارَةُ سَنَتَيْنِ
[Musnad al-Firdaus].
Dalam riwayat di atas terdapat perawi bernama Al-Kalbiy iaitu Muhammad bin Sa'ib al-Kalbiy.
Sufyan at-Tsauri berkata: Al-Kalbiy berkata kepada kami: Apa yang aku riwayatkan daripada Abu Soleh daripada Ibnu 'Abbas, itu adalah dusta. Jangan kau riwayatkannya.
[Ibnu Abi Hatim, Al-Jarh wa At-Ta'dil]
[Ibnu Abi Hatim, Al-Jarh wa At-Ta'dil]
Sanad hadis di atas adalah daripada Al-Kalbiy daripada Abu Soleh daripada Ibnu 'Abbas.
Al-Kalbiy ini merupakan seorang pendusta
Yahya bin Ma'in berkata: Laisa bisyai', kazzab saqit.
An-Nasaie, 'Ali bin Al-Junaid, Ad-Daraquthni: Matruk al-Hadis.
Ibnu Hibban: Pendusta yang sangat jelas.
[Rujuk Ibnu Jauzi, Ad-Dhu'afa' wa Al-Matrukin]
Yahya bin Ma'in berkata: Laisa bisyai', kazzab saqit.
An-Nasaie, 'Ali bin Al-Junaid, Ad-Daraquthni: Matruk al-Hadis.
Ibnu Hibban: Pendusta yang sangat jelas.
[Rujuk Ibnu Jauzi, Ad-Dhu'afa' wa Al-Matrukin]
Kesimpulan:
Hadis puasa tarwiyah adalah hadis yang palsu. Tiada puasa khusus pada 8 Zulhijjah.
Hadis puasa tarwiyah adalah hadis yang palsu. Tiada puasa khusus pada 8 Zulhijjah.
Adapun membanyakkan puasa pada 1 hingga 9 Zulhijjah adalah sunnah.
عَنْ بَعْضِ أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ ” يَصُومُ تِسْعًا مِنْ ذِي الْحِجَّةِ ، وَيَوْمَ عَاشُورَاءَ ، وَثَلاثَةَ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ أَوَّلَ اثْنَيْنِ مِنَ الشَّهْرِ وَخَمِيسَيْنِ “
Sebahagian isteri-isteri Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa pada sembilan hari awal Zulhijjah, hari Asyura, dan tiga hari setiap bulan iaitu pada hari Isnin pertama dan dua hari Khamis.
[Sunan An-Nasaie, Kitab as-Siyam, hadis no: 2417]
[Sunan An-Nasaie, Kitab as-Siyam, hadis no: 2417]
Begitu juga puasa pada hari 'Arafah adalah sunnah.
Abu Qatadah radiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ ، وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ
Puasa pada hari Arafah, aku berharap agar Allah menjadikannya penghapus dosa setahun sebelumnya dan dosa setahun selepasnya. [Sahih Muslim, Kitab as-Siyam, hadis no : 1983]
-ADMIN-
No comments:
Post a Comment