Monday, June 12, 2017

Jumpa ramadhan lagi itu tuah

بسم الله الرحمن الرحيم Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh اللهم صل على محمد وآل محمد


Image result for happy ramadan in arabic
by ustazah maznah daud

TAHNIAH!!!
Sesungguhnya anda memang bertuah!!!
KENAPA saya kata anda bertuah?
Ranungi hadis di bawah......
عَنْ طَلْحَةَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّ رَجُلَيْنِ مِنْ بُلَيٍّ قَدِمَا عَلَى رَسُولِ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - فَكَانَ إِسْلَامُهُمَا جَمِيعًا ، وَكَانَ أَحَدُهُمَا أَشَدَّ اجْتِهَادًا مِنَ الْآخَرِ ، فَغَزَا الْمُجْتَهِدُ مِنْهُمَا فَاسْتُشْهِدَ ، ثُمَّ مَاتَ الْآخَرُ بَعْدَهُ بِسَنَةٍ ، قَالَ طَلْحَةُ : بَيْنَمَا أَنَا عِنْدَ بَابِ الْجَنَّةِ ، إِذْ أُتِيَ بِهِمَا ، فَخَرَجَ خَارِجٌ مِنَ الْجَنَّةِ ، فَأَذِنَ لِلَّذِي تُوُفِّيَ الْآخِرَ مِنْهُمَا ، ثُمَّ خَرَجَ فَأَذِنَ لِلَّذِي اسْتُشْهِدَ ، ثُمَّ رَجَعَ إِلَيَّ فَقَالَ : ارْجِعْ فَإِنَّكَ لَمْ يَأْنِ لَكَ بَعْدُ ، فَأَصْبَحَ طَلْحَةُ يُحَدِّثُ النَّاسَ ، فَعَجِبُوا لِذَلِكَ ، فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مِنْ أَيِّ ذَلِكَ تَعْجَبُونَ ؟ قَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، هَذَا كَانَ أَشَدَّ الرَّجُلَيْنِ اجْتِهَادًا ، ثُمَّ اسْتُشْهِدَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ، وَدَخَلَ هَذَا الْجَنَّةَ قَبْلَهُ ، قَالَ : أَلَيْسَ هَذَا قَدْ مَكَثَ بَعْدَهُ سَنَةً ، قَالُوا : بَلَى ، قَالَ : وَأَدْرَكَ رَمَضَانَ وَصَامَهُ ؟ قَالُوا : بَلَى ، قَالَ : وَصَلَّى كَذَا وَكَذَا مِنْ سَجْدَةٍ فِي السَّنَةِ ؟ قَالُوا : بَلَى ، قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : بَيْنَهُمَا أَبْعَدُ مَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ
Daripada Talhah bin Abdillah r.a.
Bahawasanya dua orang lelaki dari Bulaiy datang bertemu Rasulullah s.a.w. lalu kedua-duanya memeluk Islam.
Seorang daripada kedua-duanya itu sangat rajin berbanding seorang lagi.
Dia ikut berperang fi sabilillah dan mendapat syahid.
Setahun kemudian seorang lagi meninggal dunia.
Talhah berkata, pada suatu malam beliau bermimpi berada di hadapan pintu syurga. Beliau melihat kedua-dua lelaki dibawa ke hadapan pintu. Sebentar kemudian seseorang keluar dari pintu itu lantas menjemput masuk lelaki yang mati setahun lebih lewat.
Kemudian orang itu keluar lagi dan menjemput masuk lelaki yang rajin dan syahid.
Kemudian orang itu berkata kepadaku: “Pulanglah kamu. Sesungguhnya waktu kamu belum tiba lagi!”
Keesokannya Talhah bercerita kepada orang ramai tentang mimpinya itu menyebabkan mereka semua berasa hairan.
Akhirnya cerita itu sampai ke pengetahuan Rasulullah s.a.w. Baginda bertanya: “Apa yang menghairankan kamu?”
Mereka menjawab: “Salah seorang daripada dua lelaki itu sangat rajin, kemudian syahid di jalan Allah. Kenapa yang seorang lagi itu masuk syurga terlebih dahulu daripadanya?”
Baginda bersabda: “Bukankah dia hidup satu tahun selepas kesyahidan saudaranya, sempat memasuki Ramadan dan berpuasa? Dan dia juga menunaikan solat sekian, sekian selama setahun yang mana setiap kali solat itu berapa banyak dia sujud?”
Mereka menjawab: “Ya!”
Baginda bersabda: “Maka jarak antara keduanya sejauh langit dan bumi!”
Riwayat Ahmad dan Ibn Majah
Demikian beruntungnya orang yang dipanjangkan usia, sempat memasuki Ramadan; berpuasa, solat dan lain-lain. Semua itu merupakan peluang untuk tingkatkan pahala dan membanyakkan pahala. Justeru, jangan sia-siakan usia anda yang masih berbaki entah berapa saat saja lagi!

No comments: