Monday, May 21, 2018

Silap tuuuu

Mengikut kajian kesilapan besar dalam berpuasa;
.
1. Menghimpunkan makan malam dengan berbuka puasa adalah kesilapan. Nabi buka puasa dgn 3 biji kurma dan air kosong. Sebab buka puasa bukan untuk perut tetapi untuk beri tenaga kepada hypothalamus (otak dalam otak). Satu cara elakkan hidang makan malam didepan semasa berbuka. hypothalamus yang keletihan berfungsi sepanjang hari akan tidak berfungsi dengan betul sekiranya makanan masuk dgn banyak semasa berbuka. Ianya menyebabkan masalah serius kesihatan.
.
Rasulullah bersabda: “Apabila seseorang berbuka puasa, maka berbukalah dengan buah kurma. Sekiranya tiada kurma, maka minumlah air kerana ia suci.” (Riwayat al-Tirmizi)

*Kajian saintifik terbukti menunjukkan kurma membekalkan sumber tenaga segera kepada manusia, bahkan mengawal pemakanan agar tidak berlebihan kerana rasa letih dan kelaparan sudah berkurang dengan ketara.
.
2. Jangan window shopping ke bazar ramadhan. Ia akan mengganggu fungsi kawalan hypothalamus . Ianya menyebabkan kita hilang pertimbangan untuk terus membeli makanan yang kita tidak perlu. Apabila kita lapar kita mudah terpengaruh untuk membeli banyak. Ia akan mengakibatkan pembaziran.
.
3. Jangan lewatkan solat maghrib.
– Makanan yang dimakan menghasilkan tenaga untuk diagihkan keseluruhan tubuh melalui sel. 1 kilo berat badan mempunyai 10000 trilion sel. Tenaga ini perlu ditolak oleh tenaga yang dilakukan oleh solat yang disegerakan.
.
4. Selepas solat maghrib, sel sudah dapat tenaga. Boleh terus makan malam. Fully auto kita akan makan secara baik. Jangan lebih lima jenis makanan dalam satu hidangan. Nasi, lauk, sayur, buah dan air.
.
5. Selepas makan malam, sangat baik kita MANDI dengan air sejuk. Jangan pakai heater. Jangan risau mandi malam dgn paru2 berair. DONGENG.
.
6. Selepas mandi, sebelum pegi solat isyak minum setengah cawan air campuran 3 biji kurma, satu sudu teh madu lebah dan susu segar yg dikisar.
.
7. Pergi Solat Isyak berjemaah di surau atau masjid di awal waktu. sebaik-baiknya 15 minit awal sebelum masuk waktu isyak. Lps tu sembahyang terawih solat dengan perlahan dan santai. Tenang dan jangan gopoh gapah.

8. Pastikan ringan ambil moreh. Makan selepas pukul 10.30 adalah kemudharatan yg besar. Masa ini tenaga sdh cukup penuh dalam badan. Masa tu aktiviti terbaik adalah tadarrus minima 1 helai. Masa ini tenaga akan bawa input terbaik kedalam otak dan hati. Kalau masa ini diisi dgn aktiviti atau info yang lalai, maka otak dan hati akan merakam perkara yg kita isi dan boleh menjadi pegangan kita seterusnya
.
9. Selepas itu sebaiknya tidur sebelum pkl 12 mlm utk rehat. Jangan pasang lampu semasa tidur kerana pasang lampu menyebabkan anda tidur tidak nyenyak.
.
10. Selepas itu bangun pukul 3 utk qiamullail. Sunat kejutkan ahli keluarga dgn renjis air sejuk dgn ujung jari. Boleh mandi. tiada masalah kesihatan.
.
11. Sempurnakan 13 rakaat solat. Sunat wuduk, taubat, tahajjud, hajat dan witir. Kalau tak mampu 2 rakaat pun dah cukup. Yang penting ialah biar sikit tapi istiqamah.
.
12. Selepas qiam, boleh tidur tetapi ringankan seperempat.
.
13. Sahur. Lewatkan sahur iaitu 1 jam sebelum subuh. Sahur itu ade keberkatan. boleh refer hadith.
Sebaik2 sahur adalah seperlapanbelas dari makan malam iaitu lebihan makan malam. Lewatkan masa masak utk elak cepat basi. Lebihkan masak masa mkn malam, jgn campur garam dan simpan sikit untuk sahur. Bila nak sahur panaskan dan baru campur garam.
.
14. Selepas sahur, terus solat subuh berjemaah di masjid. Datang awal 15 minit dan boleh solat sunat Subuh iaitu lebih baik dari seluruh isi dunia. boleh refer hadith.
.
15. Jangan tidur selepas subuh kerana gangguan kepada hypothalamus. Ia akan menyebabkan masalah kesihatan.
.
16. Tidur qailullah ( 30-60 minit sebelum zohor). 1 minit waktu ini menyamai tenaga tidur sejam waktu biasa.
.
Cara makan kurma….60% kebaikan berada pada selaput permukaan luar kurma. Masukkan sebiji buah kurma dan last sekali keluar biji. Jangan kupas di luar. Kurma terbaik ada 4 jenis ajwa, mabrom, sapawi dan medjoul
.
Puasa adalah ibadah bertakwa kepada ALLAH swt . Ia juga detoksifikasi. Ia berlaku apabila fungsi proses makanan dlm perut berehat lebih dari 8 jam.
.
Semoga bermanfaat
.
Sumber Bahagian Dakwah Jakim

No comments: