Perlu bertegas dalam bercakap soal poligami. Kerana poligami adalah syariat. Syariat adalah suci. Untuk DIPERJALANKAN sepenuh TUNDUK HATI. Bukan untuk ditunggang memuaskan nafsu sendiri.
Mereka yang “sensitif” dengan TEGURAN KE ATAS SALAH LAKU atau SALAH TADBIR poligami ini yang sebenarnya menentang hukum TUHAN.
Sebab?
Sebab dia taknak julang agama dalam langkah dan prinsip poligaminya.
Sepatutnya, bila ada TEGURAN ke atas salah laku poligami - pejuang poligami seharusnya jadi orang PALING LANTANG menyuarakannya. Ini baru namanya MENJAGA SYARIAT.
Tapi sekarang, orang yang menentang zalim dan amalan tempang poligami pula dituduh menolak syariat.
Shallow sangat ini.
Kalian yang perjuangkan poligami harmoni, saya mohon STOP BEING DELUSIONAL dan berfantasi tentang poligami kononnya kezaliman poligami yang berlaku di tangan-tangan yang salah itu tak wujud.
Seolah orang yang bersuara melawan kezaliman tersebut mereka cipta cerita.
Lagi kalian in denial - lagi masyarakat salah faham dan TERUS MELIHAT POLIGAMI SEBAGAI SYARIAT TIDAK RELEVAN LAGI DENGAN ZAMAN INI. Walhal poligami adalah syariat YANG PENUH SYARAT KETAT, sesuai sepanjang zaman.
Jika yang mengamalkan dan advocate poligami sendiri TAK FAHAM DAN TAK AWARE DAN IN DENIAL tentang salah laku dalam poligami - apa lagi yang nak diharapkan daripada masyarakat yang memang tak faham tentang poligami?
Apabila kalian sendiri lantang menentang salah-laku dalam poligami - RAMAI AKAN MELIHAT poligami adalah adil. Itu seharusnya perjuangan kalian. Bukan delusional dan bakul-sampahkan segala realiti poligami atas nama “sebab poligami dari agama maka ia sempurna.”
Berjuanglah atas dasar kebenaran.
Bukan kepentingan peribadi.
Tuan puan.
SOLAT ADALAH SYARIAT PALING AGUNG.
Tapi tahukah apa salah satu ISU BESAR ALLAH bawa tentang SOLAT?
Adalah TENTANG PELAKU SOLAT.
Ketahuilah.
Ada ayat Al Quran sendiri yang MENCELA PELAKU SOLAT yang tidak mendatangkan hak-hak dalam solatnya. Bukan sekadar ALLAH cela - bahkan terus bagi destinasi neraka untuk golongan ini.
Maka, apakah itu petanda SOLAT itu dicela?
Apakah itu petanda solat itu syariat yang ditentang dan dihina?
Apakah tanda solat itu ditolak hukumnya?
Ini dakwaan yang selalu dilemparkan kepada orang yang menegur salah laku poligami sampai melalut jauh perginya.
To invalidate teguran orang lain. Kita bagi label feminist. Bagi label emosi. Bagi label lawan hukum ALLAH.
Are we Muslim really meant to be this shallow?
Like seriously?
Jadi belajar untuk lihat bahawa AMARAN dan celaan lazimnya tertuju ke atas pelaku. Bukan saja dalam POLIGAMI dan solat. Dalam bab baca Al Quran, sedekah dan jihad pun ISU SALAH LAKU PELAKU MEMANG WUJUD.
Jadi buka mata.
Matangkan minda.
Tundukkan hati kerana ALLAH.
Tumpaskan ego dalam diri.
Dan TERIMA HAKIKAT.
Yang dicela adalah SALAH LAKU POLIGAMI dan THAT HAS NOTHING TO DO WITH MENCELA/MENGHINA SYARIAT POLIGAMI.
Sebab itu saya katakan.
Yang mempertahankan seolah poligami ini sifat asal dan finalnya adalah SEMPURNA adalah orang in denial, berfantasi dan delusional. Elok tak elok itu atas pelaku. Itu yang selalu disuarakan. Jangan divert pergi part hukumlah, lawan TUHANlah apa-lah. Jangan menampakkan orang tak praktis poligami lagi tahu tentang HUKUM, SYARIAT DAN OBJEKTIF poligami berbanding orang berpoligami itu sendiri. Kita lost credibility kita di sini.
Bangkitlah dengan perjuangan poligami kalian yang bukan angkat nafsu kalian - tapi angkat agama ALLAH.
Jika ada salah laku dalam poligami - kalianlah manusia PALING LANTANG MENCELA DAN MENGGUNA SEDAYA UPAYA MENGHENTIKAN KEZALIMAN TERSEBUT.
Kalian tidak datang dengan formula-formula fancy untuk membuktikan idea kalian tentang poligami sehingga menolak isu-isu berkaitan ketempangan poligami.
Tiada istilah GENG SUPPORT GENG. Geng kalian buat salah? Kalian bangkit. Kalian buat statement. Kalian buktikan kalian tak setuju. Kalian tegakkan yang hak walaupun ke atas geng kalian sendiri.
Jika kalian tak mahu lantang.
Biar pihak lain yang seimbangkan perjuangan kalian. Yang lantang menegur ketempangan tersebut. Dan kalian wajar SOKONG PERJUANGAN MENGHENTIKAN SALAH LAKU TERSEBUT. Itu APA KALIAN HARUS BUAT.
Bukan mencela dan memfitnah orang yang menentang kezaliman poligami ini sebagai feminists, penentang agama ALLAH, batal akidah dan all sort of shallow conclusion.
Ini saya tengok.
Asalkan pro-poligami - jadi very defensive tentang hal ehwal tak enak tentang poligami. Sekarang ini mahu perjuangkan poligami sebagai syariat ALLAH atau atas preference peribadi?
Di saat pejuang poligami sendiri BERTINDAK TEGAS - bertindak lantang menegur salah laku poligami - barulah wanita sebagai SOSOK YANG TURUT PERLU BEKERJASAMA DALAM ALAM POLIGAMI INI AKAN MERASA SECURE.
SECURITY ISSUE IS A BIG ISSUE FOR WOMEN.
Tapi saya nak highlight - wanita mahu SECURITY DALAM PERKAHWINAN MONOGAMI APATAH LAGI POLIGAMI YANG WATAKNYA LEBIH RAMAI, rumitnya lebih besar, STRUKTURNYA LEBIH KOMPLEKS.
Cukup-cukup membandingkan SALAH LAKU monogamy dan polygamy sebab THEY HAPPEN IN DIFFERENT SCALES AND BRING DIFFERENT LEVEL OF DAMAGE AND FAILURES. Kalau bab ini pun tak faham, maka apa yang diperjuangkan dalam poligami?
Accept that challenges, failures, results, complexities in polygamy ARE MORE INTENSIFIED berbanding monogamy.
Bukan berhujah “Ala monogamy pun problem. Monogamy pun tak bahagia.” Ya rabbi. Anda tahu apa orang rasa bila baca ayat ini dari “pejuang” poligami? Nampak sikap ambil mudah dan tak berhati-hati. Nampak tiada kelayakan. Tak convincing langsung kalau setakat ini mentaliti pengamal dan pejuang poligami.
Hentikan support geng poligami just because they do polygamy sampai kalian nafikan salah laku yang mereka lakukan. Pesan saya, TAKUTLAH KALIAN KEPADA ALLAH ATAS APA YANG KALIAN CUBA PERJUANGKAN.
Saya doakan pejuang poligami yang IKHLAS DAN BENAR DI SISI ALLAH diberikan keterbukaan hati dan minda untuk proses hal ini semurni hati.
Wallahi. Saya sesekali tidak menentang poligami.
Please scroll through my FB dan BAWA SATU SAJA BUKTI SAYA MENENTANG SYARIAT INI. Saya cabar. Saya minta SATU saja.
Yang saya lakukan adalah lantang bersuara AGAR POLIGAMI SYARIAT BENAR-BENAR DIPERJALANKAN OLEH MEREKA YANG LAYAK sebab pengamal poligami adat itu ramai. Pengamal poligami syariat itu yang sukar dicari.
Yang ramai adalah menunggang. Menunggang ini dia tunjuk yang manis dan yang boleh membuatkan dia dapat approval bahawa polygamy is sweet dan mesti kena buat oleh semua orang. Dia ada “IDEA TERSENDIRI” dia nak portray pada orang lain. Yang buruk-buruk itu dia tak mahu orang tahu dan dia marah jika orang sebut.
Saya menulis kerana ALLAH.
Saya marah kerana ALLAH.
Mangsa-mangsa poligami ini sebahagiannya client saya.
Saya bersuara mewakili mereka. KERANA ALLAH.
Prinsip saya.
Bercakap benar (menurut apa yang difahamkan kepada saya) walau ianya pahit. Bercakap benar walau dibenci.
Cukup ALLAH bagi saya.
Allahualam.
Sharifah Zahidah
5 Disember 2024
#sebelumsenja
No comments:
Post a Comment