Dalam posting sebelum ini, kita melihat dua perkara yang sentiasa dikejar manusia:
MORE dan BETTER.
Kita mahukan lebih banyak supaya hidup menjadi lebih baik.
Lebih banyak duit.
Rumah yang lebih selesa.
Kerjaya yang lebih baik.
Pendidikan yang lebih tinggi.
Lebih banyak pilihan dalam kehidupan.
Lama-kelamaan, dua perkara ini membentuk satu lagi kepercayaan dalam kepala kita:
More + Better = Success.
Orang bergaji lebih tinggi dianggap lebih berjaya.
Orang dengan lebih banyak degree kelihatan lebih berjaya.
Rumah lebih besar.
Kereta lebih mahal.
Kerjaya lebih prestigious.
Social circle lebih hebat.
Kita membesar dalam dunia yang menggunakan ukuran ini.
Lalu tanpa sedar, kita juga belajar mengukur kehidupan sendiri dengan pembaris yang sama.
Sampailah Surah Al-'Asr datang dan mengubah pembaris itu.
وَالْعَصْرِ
إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ
"Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian."
Ustaz Nouman menyebut sesuatu yang membuatkan saya berfikir panjang:
"Surah Al-'Asr redefines success and failure."
Ia mengubah definisi tentang siapa yang sebenarnya berjaya dan siapa yang sebenarnya rugi.
.
Cuba fikirkan.
Apabila seseorang kehilangan pekerjaan, kita mudah melihatnya sebagai sedang jatuh.
Apabila bisnes tutup, kita melihat kegagalan.
Apabila seseorang terpaksa meninggalkan rumah dan berpindah tanpa banyak harta, gambaran itu jauh daripada imej manusia yang berjaya.
Sekarang lihat kehidupan para Nabi.
Nabi Ibrahim AS diusir dari tempat asalnya dan mengembara dari satu tempat ke tempat yang lain.
Rasulullah SAW terpaksa meninggalkan Makkah.
Tanah kelahiran.
Rumah.
Komuniti yang dikenalinya sejak kecil.
Para Sahabat juga meninggalkan harta dan kehidupan mereka.
Ada fasa mereka hidup dalam kelaparan yang sangat berat.
Kalau kita mengambil satu snapshot daripada fasa tersebut tanpa mengetahui siapa mereka,
apakah perkataan yang mungkin digunakan oleh dunia?
Homeless.
Refugee.
Poor.
Expelled.
Lost everything.
Namun kita sedang bercakap tentang antara manusia yang paling mulia dan berjaya dalam sejarah manusia.
Di sinilah Surah Al-'Asr memaksa kita bertanya...
Mungkinkah seseorang kelihatan sedang kehilangan banyak perkara, tetapi sebenarnya sedang menuju kejayaan yang sangat besar di sisi Allah?
Dan mungkinkah seseorang kelihatan memiliki segala-galanya, sedangkan hidupnya sedang bergerak menuju خُسْرٍ?
.
Ini membawa kita kepada sesuatu yang lebih fundamental.
Worldview.
Cara kita melihat dunia.
Semua manusia melihat matahari yang sama.
Langit yang sama.
Laut yang sama.
Kita tinggal dalam realiti fizikal yang sama.
Tetapi dua manusia boleh melihat kehidupan yang sama melalui lens yang sangat berbeza.
Seseorang kehilangan kerja lalu berkata,
"Aku sudah gagal dalam hidup."
Kehilangan pekerjaan tadi perlahan-lahan berubah menjadi identiti.
Aku gagal.
Aku ketinggalan.
Orang lain sudah jauh ke depan.
Aku tak jadi apa-apa.
Peristiwa yang berlaku di luar akhirnya menentukan bagaimana dia melihat dirinya sendiri.
Surah Al-'Asr datang membawa pembaris yang lain.
Nilai kehidupan seseorang tidak ditentukan hanya oleh apa yang masih berada di tangannya.
Sebab itulah ada manusia yang kehilangan rumah tetapi tidak kehilangan Allah.
Ada manusia yang kehilangan kekayaan tetapi imannya semakin kukuh.
Ada manusia yang kehilangan status tetapi menemukan tujuan hidupnya.
Dan ada juga manusia yang semakin memiliki dunia sementara semakin kehilangan arah.
Kalimah خُسْرٍ jauh lebih besar daripada kehilangan material.
.
Di sinilah saya memahami mengapa Ustaz Nouman mengatakan fungsi utama al-Quran ialah mengubah cara kita melihat dunia.
Al-Quran memberi kita lens.
Kerana worldview akhirnya akan menentukan apa yang kita anggap bernilai.
Apa yang kita anggap bernilai akan menentukan priority.
Priority menentukan pilihan.
Dan pilihan yang dibuat berulang kali akhirnya membentuk kehidupan.
WORLDVIEW → VALUE → PRIORITY → CHOICE → LIFE
Sebab itu seseorang boleh mengamalkan banyak perkara dalam Islam, tetapi masih melihat kejayaan melalui ukuran yang sama seperti dunia di sekelilingnya.
Kita solat.
Makan halal.
Sambut Eid.
Pergi Jumaat.
Pada masa yang sama, kita mungkin masih menggunakan gaji, kerjaya, pencapaian akademik, rumah dan status sebagai ukuran utama bahawa seseorang itu sudah "menjadi".
Lebih halus lagi apabila ukuran itu masuk ke dalam parenting.
"Anak dia masuk universiti hebat."
Berjaya.
"Anak dia kerja syarikat besar."
Berjaya.
"Anak dia gaji tinggi."
Berjaya.
Lalu kita jarang berhenti dan bertanya:
Bagaimana Allah mendefinisikan manusia yang berjaya?
.
Kadang-kadang apabila seseorang mula mendekati agama, orang di sekelilingnya menjadi risau.
Dia mula menjaga solat.
Mula belajar al-Quran.
Mula berhati-hati dengan apa yang halal dan haram.
Mula memilih apa yang mahu dilihat dan didengar.
Mungkin ada peluang yang dilepaskan kerana prinsip.
Kemudian muncul suara-suara,
"Jangan terlalu serius sangat."
"Enjoy life dulu."
"Nanti susah nak dapat kerja."
"Rugilah peluang macam ni."
Menarik perkataan itu.
Rugi.
Siapa sebenarnya yang menentukan maksud rugi?
Kerana Surah Al-'Asr juga bercakap tentang kerugian.
إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ
Tetapi definisi خُسْرٍ daripada Allah sangat berbeza daripada definisi rugi yang telah kita gunakan sepanjang hidup.
.
Rasulullah SAW menggambarkan Islam bermula dalam keadaan asing dan akan kembali menjadi asing.
بَدَأَ الْإِسْلَامُ غَرِيبًا وَسَيَعُودُ غَرِيبًا
Ada masa hidup dengan ukuran wahyu membuatkan seseorang kelihatan pelik apabila masyarakat menggunakan pembaris yang lain.
Dan di sinilah Surah Al-'Asr terasa sangat maknawi.
Ia membuatkan kita mula bertanya,
Pembaris siapa yang sebenarnya saya gunakan untuk mengukur hidup saya?
Apabila melihat orang lain berjaya, apa yang membuatkan saya berkata,
"Bestnya hidup dia."
Apabila melihat kehidupan sendiri, apa yang membuatkan saya merasa,
"Aku jauh ketinggalan."
Gaji?
Rumah?
Kerjaya?
Pendidikan?
Travel?
Pencapaian anak?
Recognition?
Jumlah followers?
Sebahagian keresahan kita datang daripada bertahun-tahun mengukur kehidupan menggunakan pembaris yang Allah sendiri tidak pernah jadikan sebagai ukuran akhir manusia.
Dan sebab itulah Surah Al-'Asr hanya memerlukan tiga ayat untuk menggoncang seluruh worldview kita.
Allah mulakan dengan masa yang sedang meninggalkan kita.
وَالْعَصْرِ
Kemudian Allah memberitahu keadaan sebenar manusia.
إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ
Selepas itu barulah Allah sendiri memberikan definisi manusia yang berjaya keluar daripada kerugian tersebut.
إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا...
Sebelum kita berlari lebih jauh mengejar kehidupan yang kita panggil "successful", al-Quran meminta kita berhenti sebentar.
Lihat semula pembaris yang berada di tangan.
Kerana persoalan terbesar dalam hidup
"Siapa yang selama ini mengajar aku apa maksud berjaya?"
.
AQILAH NOR
Penulis Buku "Bila Surah-surah Pendek Berbicara"
#kupasansurahalasr
#kuliahustaznouman
#bayyinahtv
No comments:
Post a Comment