Tuesday, April 21, 2009

Apa nikmat terbesar?


Kata sheikh Mutawalli Sya'rawi dalam kitabnya- Nikmat iman adalah nikmat terbesar Allah bagi kita. Lihatlah berapa banyak berhala-berhala yang dibuat oleh tangan-tangan manusia. Kalau lah Allah tak bagi kita hidayah sudah tentu kita akan jadi penyembah berhala atau jadi penyembah hawa nafsu. Hati kita- hati ini alllah pilih untuk letakkan iman-cahaya ilahi. Kepayahan dalam menghadapi kehidupan jadi kecil sebab ada iman. Bila ada iman ada peluang untuk masuk syurga. Kata Syed Qutb- Hidup sebagai orang beriman sangat payah sebab Allah akan bagi ujian macam ayah bawak roti untuk beri kepada anak dia. Kita kena membangunkan keiltizaman kita kepada dakwah-"Allah bersama-sama orang yang sabar" Kata Abdul Kadir Audah " Dakwah kepunyaan allah bukan kepunyaan individu. Seseorang itu mulia kerana dakwah , bila dia tinggalkan dakwah ,Allah tak bagi lagi kebaikan untuk dia.Setiap kita perlukan kekuatan iman yang timbul dari bekalan kerohanian. Kuat bergantung kepada hubungan kita dengan Allah. Dari sirah- Khaulah bt Tha'labah yang dizihar oleh suaminya berdoa " Ya Allah telah habis usia aku dalam melayani suami dan anak-anak- masa tua suami ziharkan dia.-Dia berdoa sepenuh hati dan Allah mendengar dia dengan turunnya ayat mengenai zihar. Kita nak kena sedar dan tahu bahawa sunnah Rasulullah saw yang paling besar adalah dakwah.

No comments: