Tuesday, May 26, 2009

Mukmin yang kuat

Mukmin yang kuat. Untuk menjadi kuat :- • hayatilah salah satu sifat Allah iaitu Al Qawi. • Berdoa kepada Allah dengan nama-namanya. Al Qawi bermakna Allah maha kuat –ingat Allah maha kuat akan memberi kekuatan kepada kita. • Kekuatan menjauhi apa yang dilarang oleh Allah swt. • Kekuatan untuk buat amal makruf nahi mungkar. Tetapi bagi mereka yang lupa, Allah akan biarkan mereka. Orang yang kuat ialah orang yang mampu kawal diri ketika marah. Untuk menjadi mukmin yang kuat –berakhlak dengan nama-nama Allah swt. Mukmin yang kuat akan sentiasa usaha dan fikir bagaimana nak jadi kuat. Kekuatan individu itu bergantung kepada kekuatan hubungan dengan Allah. Walaupun lemah, dia tetap mukmin , selama mana dia mukmin ,tetap ada kebaikan. Namun tidaklah sama dengan mukmin yang kuat. Seorang mukmin amat menjaga apa yang bermanafaat baginya: Jaga solat, zakat , haji. Jaga sifat-sifat baik:-jujur, amanah,bersedekah, sentiasa cari rezeki yang halal,Mendidik anak dengan deen dan aqidah, Kahwin-bersikap adil dengan isteri-isteri. Jaga diri dari adudomba , remehkan orang lain, Jaga mata dari tengok aurat, Mintak tolong dengan Allah dan jangan rasa tidak mampu, sentiasa hindarkan ketidak mampuan, Jauhi riba. Nak jadi kuat mintak dengan Allah. Orang mukmin jangan sekali-kali rasa tak mampu nak laksanakan perintah Allah kerana Qada’ dan Qadar Allah akan tetap terlaksana. Pendekatan “Kalau” hendaklah dielakkan kerana ia merupakan pintu masuk syaitan. Wallahuallam.

No comments: