Saturday, March 13, 2010

4. Redho menerima Qadha’ dan Qadar.




Muslim yang benar menerima qadhak dan qadar Allah. Dia meletakkan dihadapan nya Sabda Rasulullah saw yang bermaksud
 
“ Ajaib urusan seorang muslim , sesungguhnya segala urusannya adalah baik. Apabila dia mendapat kesenangan dia bersyukur dan apabila ditimpa kesusahan dia bersabar maka menjadi baik baginya.”
·       Dia yakin bahawa beriman dengan Qadha’ dan qadar itu adalah salah satu dari rukun iman .
·       Dia yakin juga apa saja yang menimpa dia dalam kehidupan dia tak dapat dielak lagi kerana Itu telah ditakdirkan oleh Allah kepada dia.dan dia tiada kuasa untuk menolak.
·       Dia yakin dengan redho kepada qadahak dan qadar Allah , dia akan dapat ganjaran
yang banyak dari allah.
·       Dia yakin dia akan ditulis sebagai seorang mukmin yang taat dan berjaya disisi allah.
 
Disebabkan itu segala urusan dia jadi baik. Bila dia senang , mulut dia mengucapkan banyak-banyak kesyukuran kepada Allah swt yang Pemurah yang beri dia nikmat.
Bila dia susah atau ditimpa bencana, dia sabar kerana dia ikut perintah Allah suruh dia sabar.
Dan redho menerima Qadha’ dan kadarnya. Semuanya memberi keuntungan dan kebaikan kepadanya.
 
Ulasan.
Sekarang kita tengok pula mereka yang sebaliknya.
Diberi nikmat dia kufur-angkuh dan sombong- kecelakaan dan kemurkaan allah kepadanya.
Bila diuji susah , dia berkeluh kesah dan tidak redho menerima, jadilah kehidupan nya
Tidak tenteram dan disisi allah juga dia dimurkai kerana tidak sabar dengan ujian Allah.
Walhal samaada dia suka atau tidak ujian itu tetap akan datang kepada dia.
Jom kita pakat tengok dimanakah kita?
 
Wallahuallam.

No comments: