Monday, July 26, 2010

Sambungan surat untuk anak perempuanku



Tetapi perlu sentiasa  diingati bahawa keganasan  itu bukan jalan Rasululllah saw .Penganut yang mengambil Rasulullah (saw)  sebagai satu contoh untuk kehidupan  mengambil jalan tengah. Semasa anaknda mengkaji dan mempelajari benda baru , anaknda perlu juga berhati-hati terhadap keangkuhan. Ilmu yang anaknda dapat bukan untuk menunjuk=nunjuk dan bermegah-megah. Ia  Ia tidak boleh  digunakan untuk membuatkan seseorang   melihat atau berasa kurang keagamaan atau beriman daripada orang lain.
Pengetahuan yang anaknda dapat semestinya membawa anaknda lebih dekat dengan Allah yang maha Agung kerana segala ilmu yang ada adakah dar Allah swt jua. Sebarang ilmu yang membawa anaknda lupa dari mengingati Allah adalah sia-sia. Ia hanya lah seperti bola dan rantai yang anaknda bawa dibelakang anaknda . Ia hanyalah “beban mati”  yang tida faedah sebenar kecuali hanya melambatkan dan mengganggu perjalanan anaknda sahaja. Ia macam makan gula-gula. Memang gula-gula tu agak sedap tetapi ia meberi anaknda calories dan tiada zat pemakanan.Lebih dasyat lagi ia mengambil sumber –sumber yang sepatutnya digunakan untuk belajar pengetahuan yang lebih berfaeadah.
Ayah bimbang tentang anaknda kerana anaknda dalam tempoh untuk membesar dimana kadang kala anaknda lupa bahawa apa yang anaknada lakukan adalah betul kerana takutkan pandangan kawan-kawan terhadap anaknda.Jangan biarkan ketakutan kepada apa orang kata atau fikir membuatkan anaknda lari dari  pengetahuan atau  tindakan yang  telah anaknda pelajari. Takutlah kepada Allah saja dan allah akan membantu anaknda dalam jangka panjang.

Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.(At-Talaq 65:2-3)



Ingat lagi apa yang ayah kata tentang ketidakupayaan anaknda untuk menumpukan , fokas  dan fikir masalah kesimpulan munasabah bagi kerja rumah sains anaknda? Otak anaknda seperti satu cakera keras dalam sebuah komputer. Komputer boleh rosak  dengan fail-fail tidak berguna  apabila ia diminta untuk perintah kompleks, ia  tidak bergerak.Dalamkehalobaannya untukmengumpul dan menyimpan maklumat yang  tidak berguna , komputer telah salah letak cebisan-cebisan kebanyakan fail-fail penting dalam tempat-tempat berbeza pada cakera keras.Cebisan-cebisan ini perlu berkumpul untuk menangani perintah kompleks dan membenarkan komputer untuk berfungsi dengan berkesan. Penyelesaiannya ialah kita kena buang semua fail yang tidak berguna dan mencuci cakera keras tersebut  yang mengandungi maklumat-maklumat  penting yang bertaburan supaya terkumpul semula.Ini lah yang terjadi kepada hati dan minda kita . Mereka akan rosak dengan maklumat maklumat yang tidak berfaedah seperti ( permainan bodoh,lagu yang tak islamik. Mengumpat, cakapg kosong, televisyen, dan permainan video) dan hati dan jiwa kita juga perlu dibersihkan dan  de-fragmented.



Ayah telah memerhatikan betapa cepat anaknda belajar sesuatu.. Disebabkan itu ayah  yakin bahawa jika anaknda memahami sepenuhnya matlamat   mereka( syarikat/ orang) yang menggalakkan dan mengagihkan untuk generasi anaknda lagu-lagu untuk didengar, talivesyen dan filem-filem  untuk ditengok . pakaian yang dipakai , fessyen dan trend yang dikut, dan  permainan yang mereka main, anaknda  akan dengan mudah dapat melihat matlamat mereka  itu bukan sahaja untuk membuat banyak wang. Tetapi matlamat mereka adalah jauh lebih jahat. 


Bersambung....... Terjemahan bebas dari islam on line



No comments: