Sunday, July 11, 2010

Tingkatkan hubungan anda dengan Al Quran



Adakah ada seorang yang jarang membaca Quran? atau anda baca setiap hari tapi tiada impak positif yang anda dapat? walau apa pun dibawah ini ada beberapa tip yang boleh menghubungkan anda dengan Al Quran.





1. Sebelum menyentuh AlQuran , semak hati anda. 
Kunci untuk mendapat manafaat dari Al Quran adalah dengan menyemak hati anda terlebih dahulu sebelum anda menyentuh buku Allah ini. Tanya diri sendiri secara jujur , kenapa anda membaca Al Quran. Adakah kerana nak dapat sedikit maklumat dan membiarkan ia berlalu dari diri anda begitu saja selepas itu? Ingatlah Nabi Muhammad saw telah digambarkan oleh isteri baginda sebagai Al Quran yang bergerak. Dengan lain perkataan baginda tidak saja membaca Al Quran tetapi baginda hidup dengannya. 

2. Berwuduklah . 
Mengambil wuduk adalah persediaan fizikal dan mental anda untuk mengingatkan anda bahawa anda bukan membaca satu lagi buku tetapi anda akan berhubung dengan Allah. Oleh itu bersuci adalah satu keutamaan apabila berinteraksi dengannya.D  

3. Baca sekurang-kurangnya 5 minit setiap hari.
Kebanyakan masa kita fikir ,kita mesti baca Quran paling kurang 1 jam.Sekiranya anda tidak biasa  membaca quran, ini adalah terlalu banyak.Mulakan dengan hanya 5 minitsetiap hari.Jika anda perihatin dengan tahap ini, insyaallah,anda akan dapati 5 minit tersebut akan menjadi 10 minit, dan kemudian setengah jam, kemudian sejam dan mungkin lebih lagi. 

4. Pastikan anda faham apa yang anda baca. 
5 minit membaca quran dalam bahasa arab adalah bagus. Tetapi anda mestilah memahami apa yang anda baca. Pastikan anda ada terjemahan dalam bahasa yang anda paling faham.Sentiasa cuba baca terjemahan apa yang anda baca pada hari itu. 

5. Ingat, Al  Qur’an lebih interkatif daripada  CD. 
Dalam era interaktif CD roms dan pelbagai program komputera sekarang ini, ramai orang berpendapat buku adalah pasif dan membosankan. Tetapi Al quran tidak begitu. Ingat bila anada baca Quran anda sedang berhubung dengan Allah. Dia sedang bercakap dengan anda ! Oleh itu beri perhatian!!!!I 

6. Jangan hanya baca . Dengar juga. 
Sekarang terdapat pelbagai kaset audio dan CD Quran, sesetengahnya ada terjemahan juga.
Adalah sangat bagus untuk anda memasang walkman atau CD kereta semasa anda memandu pergi dan pulang dari kerja. Gunakan ini sebagai tambahan kepada bacaan quran harian anda tetapi bukan sebagai gantian pulak. 

7. Berdoalah. 
Mintak kepada Allah untuk memberi petunjuk kepada anda bila anda baca Quran. Tujuan anda hanya semata2 kerana Allah , untuk mendapatkan kasih sayang Allah. Berhubung dengannya dengan membaca , memahami,mempraktikkan ayat-ayat suci. Berdoa kepada Allah memohon pertolongan dan petunjuknya adalah cara yang paling ampuh. 



Terjemhan bebas dari http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2140

No comments: