Tuesday, October 12, 2010

Pesanan untuk anak gadis dan anak teruna ku.

Salam.

Anak-anak Ibu.

Ibu nak pesan sikit pasal sapa yang kamu patut sayang dulu.....

1. Kamu kena sayang Allah dulu. sebab kamu banyak terhutang budi, body, nyawa segalanya sebab kamu
tu allah punya. kalau Allah tarik nafas kamu , hidupkah lagi kamu?

2. Kamu kena sayang Rasulullah saw. -Sebab kalau tak kerana dia bawak islam untuk kamu , kamu dah sah
ahli neraka.Tapi sebab dia dah bawak islam untuk kamu , kamu masih ada peluang untuk masuk syurga berdasarkan merit kamulah pulak.

3. Kamu kena sayang ibubapa- sebab tanpa mereka wujudkanh kamu atas dunia ni. Kamu dulu kecil dan lemah, mereka jaga kamu hingga jadi besar dan lawa. hingga jadi bijak lebih dari mereka.

4. Kamu kena sayang diri sendiri. Jangan buat benda-benda yang merosakkan diri sendiri sebab diri kamu
bukan " sdn berhad" atau hak milik kekal. ia hanya geran sementara. ada tuan dia yakni Allah . Dia suruh kamu jaga dan dia akan tanya kamu balik nanti.

5. Barulah kalau nak sayang orang lain- terutama yang berlainan jenis tu. Tetapi kamu kena ingat sayang
Allah dia tak mintak balasan tapi dia yang bagi kamu balasan. Sayang rasulullah pun dia tak mintak balasan. kamu yang dapat balasan. Sayang ibubapa pun , dia tak mintak balasan,

Tetapi.......
Bila kamu sayang yang berlainan jenis kamu tu (kekasih ke, suami ker,isteri ker) dia kan minta balasan.Tambah-tambah kalau yang tak ada islam lagilah banyak tuntutan keatas kamu.

Jadi nasihat ibu untuk kamu dahulukan lah yang patut-patut kamu sayang (1,2,3,4) itu dulu sebelum yang 5 tu.
insyaallah kamu selamat.

No comments: