Bismillahirrahmanirrahim
Ikhlas senang sebut tapi susah nak buat.
Mari hayati cerita ini.
Che lijah selalu bertamu kerumah adik beradik dan sedara mara kat bandar-bandar besar. Mereka pulak
berjawatan tinggi dan gaji besar-besar belaka. Sebab jawatan besar rumah pun besarlah, perabut pun banyaklah .Yang mahal2 lah. tetapi dek kerana jawatan tinggi, masa kat rumah pun agak terhadlah juga,
Jadi tak ada masalah nak kemas mengemas dan sewaktu dengannya.
So. bila cik lijah menumpang tu terasa lah dihati cik lijah nak menolong tuan rumah . lagi pun kan cik lijah tengah bercuti jadi banyak lah masa, walaupun kat rumah sendiri pun tak ada masa gak nak mengemas sebab cik lijah pun kerja jugak. Tapi nak jadi cerita rupanya ada jugak orang tak suka rumah dia dikemas orang . Dia akan cuba letak balik sesepah yang asal. jadi bila kak lijah bertandang lagi terheranlah cik lijah kenapa pulak jadi gitu . Jadi tergugat jugalah rasa hati , Dari ikhlas nak menolong timbul pulak terasa hati. Oh rupanya
payah jugak nak ikhlas dalam menolong orang ni ya... sebab penerimaan orang dengan niat kita tu tak selari,
Apa-apa pun satu pengajaranlah untuk kak lijah . Lain kali jangan menyebok lagi. Ada mata tengok saja....
buat-buat tak nampak. Tapi pesan anak kak lijah , yang dah ditolong tu dah ada pahala so tok sah sedih 2
ada orang rumah bersepah tu satu seni. Betul ke?Ya Allah bantulah aku untuk lebih ikhlas dalam membantu
dan dapat membantu kepada yang memerlukan saja. Amin. Doa cik lijah didalam hati.
No comments:
Post a Comment