Mungkin ramai akan bertanya : “Apakah untuk menjadi ibu perlukan kemahiran?. Tidak cukupkah sekadar ia boleh memberi makan dan menjaga anaknya?”
Bertenanglah, jangan terburu-buru bertanya. Sebenarnya jika sudut kebendaan semata-mata yang
diutamakan maka sesungguhnya haiwan betina lebih pandai menjalankannya dari wanita sendiri.
Binatang-binatang itu dengan naluri yang dikurniakan oleh Allah swt kepadanya bertindak memberi makan kepada anak-anaknya, menjaga serta melatihnya untuk hidup secara sedikit demi sedikit.
Kita sering melihat bagaimana burung mengajar anaknya terbang dari dahan yang dekat kemudian jaraknya dijauhkan. Ibu burung akan memarahi anaknya kalau ia cuai.
Sikap sebegini jarang kita temui dikalangan ibu-ibu yang mendidik anak-anak mereka dengan manja , kelak apabila membesar akan menjadi orang yang bergantung kepada orang lain dan lemah sepanjang hayat mereka .
Sebenarnya sifat keibuan merupakan satu seni kemahiran yang tidak dapat ditandingi oleh kemahiran yang lain lantaran memandang kepada kepentingan serta kesukaranya. Para pelukis umpamanya berperanan untuk meniru alam tabi’I dan mencipta contoh yang kaku dengan menggunakan warna
Yang tidak berubah tabiatnya.Begitu juga tabiat contoh yang hendak ditiru itu pun tidak berubah.
Sedangkan anak kecil mempunyai jiwa yang pelik yang sentiasa berkembang dan berubah disamping memelihara kewujudannya. Mereka patuh kepada peraturan yang rumit serta percubaan –percubaan yang banyak. Untuk menyelami dunia kanak-kanak diperlukan kajian yang teliti dan kerjasama yang
berterusan dengan anak itu.
Sealin daripada itu seorang ibu yang sebenar memerlukan peribadi yang bukan terlalu lembut tetapi
tidak pula menindas.Ibu yang baik ialah yang mampu berfikir, menjaga, mentadbir serta mengerti
Tanggungjawab serta yang menyedari kedudukannya.
Duhai para ibu! Anak yang anda didik itu merupakan suatu “makhluk” kesenian yang paling indah dan buah tangan anda yang abadi.Sebarang kecuaian dari anda mungkin menjadikan anak anda itu seumpama syaitan yang buas dan sebarang perhatian dari anda menjadikannya pahlawan yang mulia.
Jadi telitilah apa yang anda lakukan.
Maka alangkah baik kalau setiap ibu memikirkan tentang betapa penting ia meluaskan pembacaannya
Untuk menambahkan pengetahuannya sebagai seorang ibu.Semua ini tidak berlaku natijah dari kelemahan kurikulum pendidikan yang dipelajari gadis-gadis disekolah.
Mereka mempelajari algebra, kejuruteraan (dengan pelbagai macam tekatekinya),sejarah kuno )dengan segala kedangkalannya), geografi dan lain-lain matapelajaran yang tidak berfaedah dalam kehidupan tanpa ada usaha untuk mendedahkan mereka kepada seni atau kemahiran sebagai ibu dan keperluannya dar segi ilmu pengetahuan, tingkah laku,percubaan serta ujian yang meluas.
Kurikulum yang diajarkan sekarang menyebabkan mereka sibuk dengan yugas yang tidak sesuai untuk mereka memikulnya.Disamping mereka jahil akan tugas sebagai ibu dan memandang jijik kepada
Tanggongjawab mendidik yang difikirkan sesuai untuk diserahkan kepada orang gaji sahaja.
Mereka sebaliknya memeberi tumpuan untuk menyaingi lelaki dan berganding bahu dengan mereka disalon (kedai gunting) atau didalam makmal , tanpa menyedari atau sengaja tidak mahu meyedari bahwa dunia barat telah melalui peringkat tersebut yang telah menyebabkan kanak-kanak terbiar serta kehidupan mereka sempit walau pun sebenarnya cukup luas.
No comments:
Post a Comment