Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
Semasa pertunangan . dia memberitahu dia memilih perjuangan dan tunangnya boleh memutuskan
pertunangan jika mahu tetapi tunangnya berkeras untuk bernikah dengannya. Dia kemudian ditangkap oleh askar israil laknatullah selepas tak lama selepas bernikah dan dipenjarakan beberapa kali. Dia menawarkan
untuk melepaskan ikatan perkahwinan mereka supaya isteri tidak perlu menunggu dia lagi. Tetapi siisteri
berkeras untuk terus menunggu dia. dan hanya selepas 30 tahun barulah suaminya dibebaskan dan mereka
dapat berjumpa semula. Tetapi belum tentu untuk berapa lama... kerana mereka adalah pejuang dijalan
Allah dan dibenci oleh musuh-musuh allah.Mari doakan mereka.
catatan usrah dan lain2-semoga bermanafaat. Sila kembangkan ilmu dengan merujuk kepada sumber-sumber yang soheh.Ya Allah ,berilah taufik dan hidayahmu kepadaku dan pembaca blog ini untuk menjadi hamba-hamba mu yang soleh. Yang redho dan diredhoi engkau ya allah. Amin. nota- semua gambar adalah dari google.
Monday, October 31, 2011
Monday, October 24, 2011
Kisah pelajar palestin Vs pelajar kita
Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
Tempat - Hebron palestin
Sudah 3 hari tentera israil halang pelajar ini masuk kesekolah mereka.
Jadi cikgu dan murid-murid ini belajarlah dikaki lima depan check point tentera israil dekat
pintu masuk Shuhada street dekat central Hebron.
Ini pulak kisah pelajar kita........
Saturday, October 22, 2011
Buah iman
Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
Petikan buku -Darah dan airmata rasulullah saw-as sheikh Ahmad Ridha' Abdullah
Petikan buku -Darah dan airmata rasulullah saw-as sheikh Ahmad Ridha' Abdullah
Iman mempunyai buah atau hikmah yang amat besar. Mari kita tengok apa dia buah iman.
Buah iman kepada Allah.
v Mengakui pengesaan Allah hingga tak takut yang lain kecuali Allah. Tidak sembah
yang lain kecuali Allah sahaja.
v Menyempurnakan kecintaan kepada Allah , serta mengagungkannya sesuai dengan nama-nama nya yang indah dan sifat-sifatnya yang maha tinggi.
v Mengerjakan ibadah kepada Allah dengan mengerjakan apa yang diperintah serta menjauhi apa yang dilarang.
Buah iman kepada malaikat. (ihsan gambar)
v Mengetahui keagungan Allah ,kekuatannya dan kekuasaanya. Kebesaran makhluk pada hakikatnya adalah keagungan maha pencipta.
v Syukur kepada Allah swt atas perhatian nya terhadap manusia sehingga menugaskan malaikat untuk memelihara, mencatit amal-amal dan berbagai perkara lain.
v Cinta kepada para malaikat kerana ibadah yang mereka lakukan kepada Allah swt.
Buah iman kepada kitabullah.
v Mengetahui perhatian Allah swt terhadap hamba-hambanya sehingga menurunkan kitab yang menjadi hidayah (Petunjuk ) bagi setiap kaum.
v Mengetahui hikmah Allah dlam syara’ atau hukumnya sehingga menetapkan hukum yang sesuai dengan tingkah laku setiap umat, seperti firmannya yang bermaksud:-
v “ Untuk setiap umat diantara kamu , Kami berikan aturan dan jalan yang terang…” (Almaidah 48)
v Mensyukuri nikmat Allah
Buah iman kepada Rasul-rasul.
v Mengetahui rahmat serta perhatian Allah kepada hamba-hambanya sehingga mengutus para rasul untuk menunjukkan mereka kepada jalan Allah serta menjelaskan bagaimana seharusnya mereka menyembah Allah swt kerana memang akal manusia tidak boleh mengetahui hal itu dengan sendirinya.
v Mensyukuri nikmat Allah swt yang amat besar ini.
v Mencintai para rasul , mengagungkannya serta memujinya kerana mereka adalah para rasul Allah swt, dan kerana mereka hanya menyembah Allah, menyampaikan risalahnya dan menasihati hambanya.
Buah iman kepada hari akhirat.
v Mencintai ketaatan dengan mengharapkan pahala pada hari tersebut.
v Membenci perbuatan maksiat dengan rasa takut akan siksa pada hari itu.
v Menghibur orang mukmin tentang apa yang tidak didapati didunia dengan mengharap kenikmatan serta pahala diakhirat.Orang-orang kafir mengingkari adanya kebangkitan setelah mati dengan menyangka bahawa hari akhirat dengan segala peristiwa-peristiwanya adalah suatu hal yang mustahil. Persangkaan mereka jelas sangat keliru dan kesalahannya itu dapat dibuktikan dengan syara' indera dan akal.
Buah iman kepada takdir
v * Bersandar kepada Allah swt ketika mengerjakan sebab-sebab, tidak bersandar kepada sebab itu sendiri, kerana segala sesuatu ditentukan dengan takdir Allah swt.
v * Agar seseorang tidak lagi mengkagumi dirinya sendiri ketika tercapai apa yang dicita-citakannya.kerana tercapainya cita-cita merupakan nikmat dari Allah swt yang dikenakan takdirnya iaitu sebab-sebab keberhasilannya dan mengkagumi dirinya akan melupakan syukur kepada nikmat ini.
v *Menimbulkan ketenangan serta kepuasan jiwa terhadap seluruh takdir yang berlaku, tidak gelisah kerana hilangnya sesuatu yang disukai atau datanya sesuatu yang tidak disukai. Kerana dia tahu hal itu ditentukan dengan Allah swt yang memiliki langit dan bumi dan bahawa hal itu akan terjadi dengan pasti.
Tid Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.Al hadid 22-23
Orang yang memiliki keimanan yang mantap , akan mendapat manisnya buah iman . Sehingga mereka mempunyai keteguhan iman yang kuat. Olah itu jika manusia telah merasi manisnya iman , maka kesulitan dunia walau bagaimanapun beratnya bagi mereka tiada bererti apa-apa Firman Allah swt dalam surah Arrad ayat 17
Ia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu membanjiri tanah-tanah lembah (dengan airnya) menurut kadarnya yang ditetapkan Tuhan untuk faedah makhlukNya, kemudian banjir itu membawa buih yang terapung-apung. Dan dari benda-benda yang dibakar di dalam api untuk dijadikan barang perhiasan atau perkakas yang diperlukan, juga timbul buih seperti itu. Demikianlah Allah memberi misal perbandingan tentang perkara yang benar dan yang salah. Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan. (Ar-Ra'd 13:17)
Dari satu faktor ini saja telah merakamkan faktor-faktor lain yang sekaligus ikut menguatkan kesedaran dan ketabahan tersebut.
Wednesday, October 12, 2011
6 tip cara mencungkil bakat anda
Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
Anda tak tahu apakah bakat anda hingga anda cuba dan cuba. Dibawah ini disenaraikan 6 cara bagaimana anda boleh mengenali apakah bakat yang anda ada.
1. Tengok apakah minat anda sekarang, kerana ini akan membuatkan anda seronok melakukannya apabila anda menemui bakat terpendam anda. Contoh memasak . Kembangkan minat memasak anda kepada kemahiran memasak. Pelajari lebih banyak jenis masakan sehingga anda mahir dengannya.Anda boleh mencuba pelbagai resepi dan mencipta resepi baru.
2.Keluar dari zon selesa. Sudah tentu, sukar pada mulanya. Tiada siapa yang suka rasa terjejas, tetapi anda juga akan mendengar orang mengatakan bahawa mereka amat gembira bahawa mereka melangkah keluar dari zon selesa mereka. Hakikatnya ialah anda tidak akan dapat mencari bakat-bakat baru jika anda tidak terbuka kepada perkara-perkara dan pengalaman baru.
3.Perjalanan. Jalan-jalan di seluruh dunia atau negara asal anda boleh membuka anda kepada pengalaman baru. Ia adalah satu cara yang baik untuk melangkah keluar dari zon selesa anda dan mengambil budaya lain. Apabila anda pergi, anda akan mendapat idea-idea baru dan membuat penemuan baru, tetapi jika anda tinggal di rumah, pemikiran anda mungkin dihadkan oleh rutin. Beberapa perkara yang anda mungkin menemui bakat-bakat seni atau sukan, atau anda mungkin menjadi inspirasi untuk mencapai matlamat kerjaya baru.
4. Membaca. Perjalanan mungkin tidak selalu menjadi pilihan. Ia boleh memakan masa dan mahal, tetapi membaca merupakan cara terbaik untuk membuka jus kreatif semasa tinggal di rumah. Anda boleh membaca buku-buku apa-apa mengenai subjek yang berkaitan minat anda. Juga, jangan lupa tentang kuasa internet dan semua bahan bacaan yang boleh didapati hanya satu klik
5. Menghadiri Kelas Komuniti. Kelas komuniti (contoh -kelas anjuran kemas dsb) adalah cara terbaik untuk mengasah bakat anda atas beberapa sebab.
6. Berbincang Dengan Rakan-rakan.
Bercakap tentang bagaimana mereka menemui minat mereka dan apa yang mereka lakukan untuk mengasah kemahiran mereka. Mungkin anda akan mendapati bahawa anda mempunyai minat yang sama di kalangan rakan-rakan anda, dan jika ya, anda kemudiannya boleh bekerjasama dengan mereka
Akhir sekali jangan berputus asa
Akhirnya, satu-satunya perkara yang anda perlu untuk menemui bakat anda ialah terus mencuba. Sebaik sahaja anda telah menemui bakat sebenar anda, anda akan menikmati kejayaan, keseronokan, dan kebahagiaan. Siapa yang tidak mahu kehidupan yang dipenuhi dengan itu?
asal
Allah berfirman yang bermaksud:Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang
ada pada diri mereka sendiri (Ar-Ra'd 13:11)

- Kelas dekat , senang nak hadir
- Ia biasanya ditawarkan pada harga yang berpatutan/ percuma
- Bila hadir kelas dapat idea tentang kursus tersebut dan boleh tengok sesuai atau tidak dengan kita. Kalau tak sesuai boleh cari kursus lain yang sesuai .
6. Berbincang Dengan Rakan-rakan.
Bercakap tentang bagaimana mereka menemui minat mereka dan apa yang mereka lakukan untuk mengasah kemahiran mereka. Mungkin anda akan mendapati bahawa anda mempunyai minat yang sama di kalangan rakan-rakan anda, dan jika ya, anda kemudiannya boleh bekerjasama dengan mereka
Akhir sekali jangan berputus asa
Akhirnya, satu-satunya perkara yang anda perlu untuk menemui bakat anda ialah terus mencuba. Sebaik sahaja anda telah menemui bakat sebenar anda, anda akan menikmati kejayaan, keseronokan, dan kebahagiaan. Siapa yang tidak mahu kehidupan yang dipenuhi dengan itu?
asal
Allah berfirman yang bermaksud:Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang
ada pada diri mereka sendiri (Ar-Ra'd 13:11)
Monday, October 3, 2011
Orang kafir larang orang islam berkhatan- apa kata kita
Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
Gabenor California lulus undang-undang larang pengharaman amalan berkhatan
SACRAMENTO: Gabenor California, Jerry Brown, menurunkan tandatangan meluluskan peraturan menghalang kerajaan tempatan di negeri itu mengharamkan khatan.Kenyataan pejabat Brown mengumumkan, gabenor dari Parti Demokrat itu menandatangani rang undang-undang AB768 yang digubal sebagai tindak balas terhadap pungutan suara dicadangkan di San Francisco.Penyokong larangan berkhatan mengumpul lebih 7,700 tandatangan bagi membolehkan pungutan suara dijalankan pada November ini bagi menyekat amalan berkenaan dilakukan ke atas kanak-kanak lelaki.Ia kemudian dihalang seorang hakim.
Menurut kumpulan itu, amalan berkhatan tidak perlu kerana ia boleh menyebabkan masalah seksual dan kesihatan.Bagi kumpulan yang bersetuju pula, amalan berkhatan dianggap penting dalam ajaran agama Islam dan Yahudi, selain ia dapat mengurangkan risiko kanser serta jangkitan penyakit kelamin. - AP
Ini jawapan Ustaz Zaharuddin- jawapan penuh disini
Dalil utama berkaitan 'Khatan' adalah خمس من الفطرة : الختان والإستحداد وتقليم الأظافر ونتف الإبط وقص الشارب
Ertinya : Lima perkara fitrah : berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur), memendekkan misai. ) Riwayat Muslim)
Pandangan para ulama dalam memahami hadith di atas terbahagi kepada tiga kumpulan :-
1) Hukumnya sunat bagi lelaki dan wanita . Ia adalah pandangan Imam Malik dalam satu riwayat, Abu Hanfiah dan sebahagian ulama mazhab Syafie.
2) Wajib bagi lelaki dan wanita . Demikian fatwa Mazhab Syafie dan kebanyakan Ulama dan juga pandangan Imam Suhnun anak murid Imam Malik,
3) Wajib bagi lelaki dan hukumnya sunat bagi wanita. Demikian sebahagian ulama Syafie, dan mazhab Hanbali.
Kesimpulan perkara, disepakati bahawa khatan bagi lelaki adalah wajib, dan jika warga lelaki satu negara semuanya tidak berkahatan, maka pemerintah perlu bertindak ke atas mereka.

Subscribe to:
Posts (Atom)