Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
Gabenor California lulus undang-undang larang pengharaman amalan berkhatan
SACRAMENTO: Gabenor California, Jerry Brown, menurunkan tandatangan meluluskan peraturan menghalang kerajaan tempatan di negeri itu mengharamkan khatan.Kenyataan pejabat Brown mengumumkan, gabenor dari Parti Demokrat itu menandatangani rang undang-undang AB768 yang digubal sebagai tindak balas terhadap pungutan suara dicadangkan di San Francisco.Penyokong larangan berkhatan mengumpul lebih 7,700 tandatangan bagi membolehkan pungutan suara dijalankan pada November ini bagi menyekat amalan berkenaan dilakukan ke atas kanak-kanak lelaki.Ia kemudian dihalang seorang hakim.
Menurut kumpulan itu, amalan berkhatan tidak perlu kerana ia boleh menyebabkan masalah seksual dan kesihatan.Bagi kumpulan yang bersetuju pula, amalan berkhatan dianggap penting dalam ajaran agama Islam dan Yahudi, selain ia dapat mengurangkan risiko kanser serta jangkitan penyakit kelamin. - AP
Ini jawapan Ustaz Zaharuddin- jawapan penuh disini
Dalil utama berkaitan 'Khatan' adalah خمس من الفطرة : الختان والإستحداد وتقليم الأظافر ونتف الإبط وقص الشارب
Ertinya : Lima perkara fitrah : berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur), memendekkan misai. ) Riwayat Muslim)
Pandangan para ulama dalam memahami hadith di atas terbahagi kepada tiga kumpulan :-
1) Hukumnya sunat bagi lelaki dan wanita . Ia adalah pandangan Imam Malik dalam satu riwayat, Abu Hanfiah dan sebahagian ulama mazhab Syafie.
2) Wajib bagi lelaki dan wanita . Demikian fatwa Mazhab Syafie dan kebanyakan Ulama dan juga pandangan Imam Suhnun anak murid Imam Malik,
3) Wajib bagi lelaki dan hukumnya sunat bagi wanita. Demikian sebahagian ulama Syafie, dan mazhab Hanbali.
Kesimpulan perkara, disepakati bahawa khatan bagi lelaki adalah wajib, dan jika warga lelaki satu negara semuanya tidak berkahatan, maka pemerintah perlu bertindak ke atas mereka.
No comments:
Post a Comment