Perkatan pertama yg diturunkan kepada Rasulullah saw adalah Iqra’ yakni bacalah.
Ini menunjukkan kepada kita membaca itu sangatlah penting. Tetapi kerana alasan sibok kita rasa membaca tu membuang masa dan kurang berfaedah berbanding banyak kerja yang kita kena buat dalam kehidupan harian kita.Membaca sangat perlu untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
Sebenarnya telah terbukti bahawa terdapat perbezaan diantara seseorang yang membaca dengan yang tidak.Paling tidak pada perkataan yang digunakan. Itu belum masuk lagi bab2 idea dan pemikiran kreatif yang pencinta buku dapat.
Muslim produktif mesti melatih diri untuk membaca 2 jenis:-
1. Bacaan islamik ( Quran, hadis, buku-buku islamik)
2. Bacaan umum.
Kalau kita Tanya orang islam hari ini yang mana lebih penting, mesti jawapanya bacaan islamik lebih penting.Perkara ini agak sukar untuk dibahaskan tetapi bacaan am juga penting bergantung kepada niat.
Contohnya: 1.Membaca buku strategi pemasaran dengan niat nak majukan perniagaan , nak buat lebih keuntungan supaya lebih banyak zakat boleh dibayar. Dapat menyara keluarga dengan lebih selesa adakah ini tidak dikira berfaedah dan diberi pahala untuk bacaan tersebut?
Contoh 2: memabaca jurnal terbaru industry so dapat duduk tempat teratas dengan niat untuk bawa ummah kepada yang lebih baik dengan menjadi pemimpin industry bukan hanya sebagai pengikut. Bukankah itu adalah sesuatu yang hebat?.
Kita kena membaca dan membaca secara konsisten untuk mendapatkan pengetahuan yang baik dalan kehidupan kita tetapi kita kena juga memilih apa yang nak kita baca.
Walaupun bacaan-bacaan islamik adalah satu keutamaan, kita kena baca juga buku-buku lain yang berfaedah untuk diri kita.Sebenarnya kalau anda rajin membaca , anda akan rasa perubahan pada diri anda sendiri. Otak anda lebih berkembang dan anda akan lebih berpengetahuan luas.
Ok. Macammana nak bangunkan tabiat membaca?
Dibawah ini ada beberapa tip yang boleh bantu anda.
Kalau anda belum ada tabiat baca quran atau buku islamik- amalkan begini:-
Minggu pertama- setkan 10 minit selepas solat subuh- 5 minit baca quran 5 minit baca buku islamik atau hadis.- buat setiap hari.
Minggu kedua – tambah 10 minit lagi jadi 20 minit- 10 minit quran -10 minit buku islamik/ hadith.
Minggu ketiga- buat ½ jam – 20 minit Quran 10 minit bacaan islamik/ hadis.Teruskan saja 30 minit tersebut walaupun andarasa boleh buat lebih sebab tujuannya ialah untuk membinan tabiat.
Tak guna buat banyak-banyak lepas tu tinggal tanpa penerusan.
Konsisten akan lahir dari berapa banyak pelajaran bermanafaat yang anda dapati dari pembacaan tersebut.
Lakukan proses yang sama untuk bacaan umum / pengetahuan am.
- Ambil masa 10 minit sebelum tidor (lebih baik sebab ia merehatkan dan merangsang otak anda)
Buat untuk seminggu dan teruskan begitu- penat macammana pun baca jugak 10 minit.
Minggu kedua baca 20 minit Dan ketiga 30 minit. Jangan lebih tetapi konsisten.
Lepas buat latihan diatas selama sebulan . cuba baca tiap lepas solat pulak. Kalau tidak pun antara 2 solat . contoh antara maghrib dgn isyak. Inilah masanya untuk lebih mendalami islam.
Sama jugak dengan pengetahuan am. Selepas latihan sebulan, mulakanlah membaca ditempat kerja, masa makan tengahari. Yang dibaca mungkin sesuatu yang berkait dengan kerja anda.
Dan kemudian anda boleh tambah lagi dengan membaca buku-buku perkembangan diri, biografi dan buku-buku yang boleh meberi idea dan motivasi.
Selamat membaca
Terjemahan bebas dari – Produktif muslim.
No comments:
Post a Comment