-Petikan dari buku kearah pembentukan keluarga muslim -Mahmud Mahdi Istanbuli
Budi pekerti merupakan kesenian yang indah serta satu akhlak yang tinggi yang berfungsi
Mengeratkan kasih sayang.Setiap bangsa mempunyai budi pekerti yang berbeza antara satu sama
lain. PerbezaanI ilah yang menjadi kelainan antara mereka.Didalam alquran nur karim dan hadis terdapat peraturan2 yang mantap mengenai budi pekerti yang begitu tinggi dan mempunyai citarasa yang murni. Orang-orang Arab telah menggunakannnya. Justeru itu mereka mempunyai budi pekerti yang tinggi. Yang dicemburui oleh orang-orang barat, yang telah mendahului mereka didalanm berbagai aliran moden.Ini saya sebutkan dan saya merasa kesal atas sikap cuai kita serta pengabaian sebahagian besar rumahtangga kita menangani asas budi yang paling sederhana . Seolah-olah disana kita tidak pernah ada hubungan dengan tamadun dan peradaban, samaada dulu atau sekarang.
Seorang suri rumah menziarahi rumah jirannya waktu tengahhari sewaktu jiran itu sedang sibok mememasak dan menyediakan makanan , meneybabakan dia mengganggu jiran itu beberapa jam lamanya dengan celoteh dan bualannya. Walhal tuan rumah merasa gelisah bagaikan berada diatas bara api, sedangkan tetamu tidak merasa apa-apa dan hanya meninggalkan rumah itu apabila suami serta anak-anak suri
Rumah itu pulang. Maka (apakah halnya kiranya ) berlaku pula pertengkaran antara suami isteri itu kerana tidak ada makanan atau belum lagi disediakan kerana tetamu yang tidak berperasaan tadi.
Dijalan –jalan raya pula apabila orang ramai lalulalang maka akan terjatuhlah keatas mereka sampah
sampah atau percikan air. Apabila ditegur, maka meletuslah maki hamun yang tidak wajar. Jiran-jiran pula melaung-laung memanggil anak-anak mereka yang menggangu ketenteraman jiran tetangga.
Manakala menyentuh mengenai siaran radio yang kita dengar, ia mencerminkan budi pekerti pemiliknya dan melalui pancarannya dapat diketahui citarasa pemiliknya. Usahlah ditanya lagi tentang gangguan kepada jiran tetangga serta mengganggu masa kerehatan orang sakit.
Ada juga tetamu yang mengunjungi rumah orang waktu makan malam tanpa dijemput dan terus berada disana sehingga lewat malam. Sedangkan tuan rumah sudah mengantuk, malangnya tamunya tidak merasa apa-apa. Malah mungkin ia telah menjauhkan tidur dari jirannya.
Menjaga tepi kain jiran dan menyebar-nyebarkan keburukan meraka merupakan kebiasaan yang mendukacitakan kita. Tetapi nampaknya ia meluas sekali.Masuk campur dalam soal-soal yang tidak berkaitan dengan orang perempuan , pertayanan kepada pengantin ( yakni berapa pasang pakaian yang disediakan, bolehkah dilihat, apakah bakal suami cinta kepadanya , apakah ia cinta kepada suaminya dan berbagai-bagai pertanyaan yang ditanya adalh contoh-contoh perlakuan yang tidak baik.
Usaha-usaha untuk menimbulkan perselisihan antara dua orang bakal suami isteri dan keluarga mereka dalam masa pertunangan dan selepasanya sangat diminati oleh orang perempuan kita, walaupun akibatnya membawa keruntuhan rumahtangga.
Demikian secebis dari budi pekerti sebahagian dari wanita kita. Saya kira kalaulah wanita kita menghabiskan masa dengan member perhatian mereka dalam bidang rekaan ‘fesyen’, itu lebih baik kerana ia boleh menambahkan kecantikan dan kesempurnaan mereka. Alangkah baik kiranya pihak
Kementerian pelajaran memasukkan mata pelajaran budi pekerti islam dalam sukatan pelajarannya.
No comments:
Post a Comment