Saturday, January 7, 2012

Surat untuk anaknda diluar negara.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh

Salam sayang dari bonda untuk anaknda yang dikasehi.Apa kabar anakku?. Ibu doakan kalian berada
didalam perlindungan Allah jua kerana tidak ada sebaik-baik pelindung kecuali Allah swt.Apa kabar iman
kalian? Makin soleh dan solehah kah kalian bila berada jauh dari ibu?Jangan lupa kemana pun kalian pergi
Allah sentiasa ada. Raqib dan atiq sentiasa bersama. Walau dimanapun kalian izrail sentiasa melawat kalian
70 kali sehari.Lihat kiri dan kanan kalian setiap hari ada saja orang yang mati. Dan mati itu satu kepastian
cuma kita tidak dicop tarikh mati didahi.


Anakku sayang.
Dimanapun kamu pergi dibumi Allah ini Allah telah tentukan dimana ada Musa disitu ada firaun. Oleh itu bijaklah memilih kamu ingin menjadi seperti siapa? Seperti musa yang Allah redho atau seperti firaun yang
Allah murka.

Anakku sayang .
kasihanilah ibumu ini. Ringankanlah bebanku diakhirat kelak dengan menjadi anak yang patuh perintah Allah.Allah tak terima sijil hadiah dekan kamu diakhirat kelak sebagai penebus kemurkaan kamu kepada
dia.Allah juga tak terima jurnal yang hebat-hebat yang kamu tulis . Dia hanya menerima amalan soleh kamu.
Dapatkah pahala jurnal kamu yang digunakan oleh pelajar lain itu menampung dosa kamu yang derhaka
kepada Allah. tentu tidak bukan?

Anakku sayang.
Otak  dan akal yang kamu guna utk dapat anugerah dekan itu milik Allah, bukan milik kamu. Allah boleh
jadikan kamu hilang ingatan kalau dia mahu. Tapi Allah beri kamu kebijaksanaan untuk menguji kamu
adakah kamu seorang manusia yang bersyukur.Jangan bongkak dengan Allah anakku kerana dia maha
berkuasa melakukan apa saja yang dia mahu.

Anakku sayang.
Ibu baru baca hadis ini
Daripada Abu Qatadah katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sebaik-baik perkara yang ditinggalkan oleh seseorang selepas (setelah meninggal dunia) tiga perkara: anak soleh yang berdoa untuknya, sedekah yang berkekalan yang menyampaikan pahalanya kepadanya dan ilmu yang diamalkan selepasnya.”


Anakku sayang .
Kamu adalah harta ibu yang akan ibu tinggalkan untuk manafaat akhirat ibu nanti. Sekiranya kamu nanti adalah orang yang paling berjaya didunia ini dengan segala anugerah keduniaan / nobel prize dan sepertinya ia tidak ada maknanya bagi ibu didalam kubur nanti. Bahkan kedurhakaan kamu kepada Allah akan menyiksa ibu disana . Tolonglah anakku jika benar kamu sayang ibu. Kembalilah kepada fitrah.




yang mengharap.


Ibumu.



No comments: