Monday, February 13, 2012

Biarlah iman dihati kata haram.....

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh

Fatwa boleh diwartakan. tetapi kalau tidak ada kekuatan iman dalam diri tak upaya
nak menolak sebab majoriti buat.......


Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day
Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.

Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Tetapi ingat sendiri buat, sendiri jawab.......dan mereka yang membantu kearah
menyuburkan budaya ini pun dapat saham sama.


Sebagai ganti jom kita sebarkan kempen ni ....


credit: gua tv.com


No comments: