Bismillahirrahmanirrahim.
Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh
1.Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)?
2. Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,
3.Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.
4. (Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan agama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang -
5.(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;
6.(Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya),
7.Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya)
Sebab-sebab turun ayat 4 hingga 7.
Ibnu Abbas menceritakan bahawa ayat ini diturunkan berkenaan dengan kaum munafik yang riak melakukan solat bila berada ditengah-tengah kaum muslimin.Tetapi bila kaum muslimin tak ada mereka meninggalkan solat. Selain itu mereka enggan memberi pinjaman kepada kaum muslimin (HR ibnu Munzir).
Coretan.
1.Kalau lalai dalam solat pun dah dikira mendustakan agama , yang tak solat terus tu
carilah jawapannya anda dimana?.
2. Riak- buat kerana orang , tinggal pun kerana orang , kerja sia-sia kerana disisi allah
tak ada nilai.
Sama-sama muhasabah diri kita supaya amalan kita ada nilai disisi Allah swt.
No comments:
Post a Comment