Sunday, May 27, 2012

Penilaian prestasi sini atau sana?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh



Kalau kakitangan kerajaan bab penilaian prestasi ni memang topik hangat setiap tahun.
Ramai yang dapat cemerlang tu selalunya mereka yang sangat rapat dengan boss.
Bila diumumkan mereka yang dapat selalunya ada yang tak puas hati , sakit hati , pedih hati dan macam-macam. Tetapi yang ini tak kemana jugak sebenarnya sebab:
1. Datang boss baru yang mungkin boleh ngam , ada peluang dapat prestasi tinggi
2. Boleh baiki prestasi lagi kalau mahu.
3. Boleh saman boss kalau tak puas hati macam gambar diatas.
Ganjaran : Sijil untuk masuk fail atau fremkan, duit RM 1000.00 dll yang tak kekal.

Tetapi mari lihat disana, bila prestasi ok dan tak ok.

Orang prestasi tak ok , terima result dari tangan kiri .

 Adapun orang yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kiri nya, maka ia akan berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau aku tidak diberikan Kitab amalku,
 -Al haqqah -ayat25


hasilnya:
(Lalu diperintahkan malaikat penjaga neraka): "Tangkaplah orang yang berdosa itu serta Kemudian bakarlah dia di dalam neraka Jahiim; -Al haqqah -ayat31


Tiada jalan pulang......


Mereka yang berprestasi tinggi pulak:-


Maka sesiapa yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kanannya, 
maka ia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): 
` Nah! Bacalah kamu Kitab amalku ini!Al haqqah -ayat19


hasilnya:
Maka (dengan itu) tinggalah dia dalam kehidupan yang senang lenang lagi memuaskan, -
Di dalam Syurga yang tinggi (darjatnya), -Al haqqah -ayat21&22


Oleh itu marilah diri tingkatkan prestasi disisi Allah swt kerana ia lebih
adil dan lebih ganjarannya......







No comments: